KUALA TERENGGANU – Kerajaan hari ini gagal menjawab ketidakupayaan mereka dalam menangani isu pembaziran Taman Ilmu, Tembila yang dikira ibarat cuba melarikan jawapan kepada isu yang disoal.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A.Latiff Awang dilihat cuba mengelak daripada menjawab jumlah sebenar pampasan yang telah dibayar kepada POSC TI Sdn Bhd dengan menekankan cara kerajaan memanafaatkannya.
Beliau kemudiannya memaklumkan kepada DUN, bahawa kerajaan negeri telah menyelesaikan tindakan saman di luar mahkamah dan membayar kepada POSC TI Sdn Bhd sebanyak RM40 juta.
Mengulas isu tersebut, wakil Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (PAS) berkata, kerajaan bangga menjelaskan kepada DUN apa yang disifatkan oleh mereka sebagai kejayaan dengan mencari pelanggan baru di Taman Ilmu.


Sedangkan tambah beliau, persoalan yang penting perlu di ketahui ialah, penyewa baharu hanya membayar kembali wang yang mereka keluarkan bagi urusan penyelenggaraan, bukan hasil baharu kepada Taman Ilmu sebagaimana tujuan asal pembinaannya.
“Hakikat sebenarnya dari sudut pengurusan kewangan, bukan kita tak menanggung, cuma tidak menanggung sekarang.
Pendapatan satu juta setiap tahun, selama 10 tahun untuk UniSZA, jadi UniSZA mengeluarkan dahulu perbelanjaan dia untuk baik pulih dan imbal balik yang diperolehi oleh UniSZA ialah sewaan ‘free’.
“Jadi bukan soal Unisza yang menanggung semua itu, hakikatnya ialah kerajaan negeri yang menanggung.
“Jadi tidak timbul kita tidak keluar belanja, kita akan mengeluarkan belanja kerana kita akan susut hasil sewaan,” ujarnya ketika ses isoal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri, pada Selasa 12 Disember.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu itu turut kesal dengan penggunaan terma yang tidak tepat oleh kerajaan negeri dalam memberikan penerangan berkaitan isu ini, boleh mengelirukan rakya.
Ustaz Hishamuddin juga menggesa agar kerajaan mendedahkan kepada rakyat apakah syarat-syarat yang dipersetujui dengan pihak POSC TI kerana bagi beliau, jumlah RM40 juta yang dibayar itu adalah satu jumlah yang banyak.






























