

KUALA TERENGGANU – Sikap Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak menjelaskan kedudukan sebenar Projek Keretapi Pantai Timur (East Coast Rail Line – ECRL) menimbulkan keresahan dan kemarahan penduduk yang dikatakan terbabit dengannya.
Sepatutnya kerajaan memberikan maklumat yang jelas kepada seluruh pemilik tanah dan rumah yang terlibat dengan jajaran ECRL.
Ketua Penerangan negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pihak kerajaan hendaklah memberi maklumat yang lengkap dan sebaiknya memanggil penduduk yang terlibat dengan memberi penerangan dan penjelasan tentang suasana projek ini.


“Dan berapa sewa yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap laluan jalan sementara yang dibuat untuk penempatan pekerja-pekerja projek ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di tapak kawasan yang dilaporkan sebagai sebuah ‘kem pekerja’ dan stor barangan projek ECRL di Bukit Payong (Gambar bawah), pada Khamis 30 November.


“Pihak kerajaan harus memberikan satu kata putus yang jelas tentang maklumat ECRL kepada yang telibat dalam jajaran ini kerana penduduk masih terpinga-pinga apakah ini projek jalan raya ataupun projek apa, masih tidak ada label yang ditulis,
“Dan merancang serta memberi jaminan untuk menyediakan tapak ataupun tanah gantian untuk penduduk supaya mereka tidak berfikir mencari tapak yang baru,
“Alangkah baiknya sekiranya pihak kerajaan juga memberi suatu jaminan kawasan tapak yang sebaik mungkin dan kalau boleh sudah ada rumah di situ. Sebab kebanyakan yang terlibat adalah golongan yang berusia. Mereka juga sukar mencari tanah dan terpaksa menunggu pembinaan rumah siap serta terpaksa berhadapan dengan banyak masalah,”ujar beliau.


“Kita menegur dengan cara baik dan memberi pandangan untuk menyelesaikan masalah,” tambah beliau
Seorang pesara, Hassan bin Husin berkata, projek ECRL tidak sesuai diteruskan kerana membebankan dan menyusahkan serta tidak memberi faedah kepada rakyat .
“Kita bantah semua sekali tidak bersetuju dan menolok kerajaan Barisan Nasional(BN),
“Negeri kita negeri kecil nak buat ECRL. Kalau tengok negeri yang buat kereta api laju ini macam Afrika , Eropah dan negeri China bolehlah buat beribu-ribu kilometer. Jauh… patut lah mereka buat,
“ Ini 400 kilometer je dan harga projek ialah 55 bilion. Projek yang paling mahal sekali dalam dunia,”ujar kesal.
Menurutnya, kerajaaan tidak memperdulikan rakyat. Diorang nak buat, buat je… sepatutnya kena ada persetujuan tetapi kerajaan tidak ikut.
“Bantah bantah belaka… bawa mari ke sini juga. Penduduk masih tertanya tanya, sedangkan Cina dari Komunis tu mari korek tanah doh wak kerja dah,
“Nampak macam nak jadi… baru ni saya tengok keluar di sinar harian syarikat tersebut mengiklan untuk mendapatkan subkontrak mana mana yang berminat,”tambah Hassan.
Justeru, katanya, marilah bersatu padu, kita canggah rancangan projek ini jangan sesekali buat kerana tidak menguntungkan dan tidak memberi faedah kepada rakyat .




























