Terengganu, Malaysia

Mangsa Banjir Terus Meningkat

Haji Yahaya

KUALA TERENGGANU – Hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Terengganu menyebabkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 2398 orang berbanding 1,173 pada tengah HARI semalam.

Laman sesawang rasmi banjir Terengganu etindakan.terengganu.gov.my mencatatkan 61 buah pusat pemindahan telah dibuka di seluruh daerah.

Di Marang, PAS kawasan tersebut menziarahi mangsa ribut di kampung Mercang dan penduduk yang terlibat banjir di Kampung Kubu Pengkalan Berangan.

Mangsa Banjir Terus Meningkat
Laluan T112 dari Pengkalan Berangan ke Kampung Kubu dilimpahi air banjir dan ditutup kepada semua kenderaan

Yang Dipertuanya Haji Yahaya Ali bersama Pangarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong terpaksa mengambil jalan Pulau Kerengga kerana laluan T112 tidak dapat dilalui.

Sebanyak 11 buah rumah penduduk Mercang telah rosak samada ditimpa pokok tumbang dan atap berterbangan dibadai angin kencang.

Dalam pada itu, seorang kanak kanak berusia 12 tahun Kalid Al Wyalid Juzaiman, ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air yang melimpahi jalan di Sungai Kampung Tok Hakim, Padang Midin.

Mangsa Banjir Terus Meningkat
YB Alor Limbat Ariffin Deraman turut membantu pihak Bomba mengeluarkan mayat Khalid yang lemas di sungai Tok Hakim, Kampung Padang Midin

Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Alor Limbat Ariffin Deraman, mayat mangsa telah ditemui pada jam 1 tengah hari.

Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Yusof Abdul Hadi yang ditemui dilokasi megucapkan syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu.

“Alhamdulillah mangsa telah ditemui di kawasan dekat dengan pokok sekitar ini dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Unit Amal serta orang kampung,

Mangsa Banjir Terus Meningkat
Ustaz Yusof (berkopiah) bersama bapa arwah Khalid, Juzaiman, di lokasi dimana mangsa ditemui

“kami mewakili PAS kawasan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa……mudah-mudahan Allah SWT memberi ganjaran kepada ahli keluarga dan sabar menghadapi ujian ini,” ujarnya.

Bapa mangsa Juzaiman berkata, anaknya yang lemas itu tidak pernah ‘bermain air’ sebelum ini.

“Yang lemas umur 12 tahun……..kesemua tiga orang (dan) sorang tu duk kat air, mangsa tak pernah main air sebab jauh dari air,

“(ini) tahun pertama duk sini, mangsa biasa tak ada apaapa perubahan sebelum kejadian) dan seorang yang mudah dengar kata,” katanya.

Mangsa Banjir Terus Meningkat
Dr Azman menziarahi rumah terlibat banjir di kawasan DUN Jabi

Sementara itu di Setiu, Pengarah MTD Jabi Dr. Azman Ibrahim berkata, hujan lebat yang turun mencurah-curah mengakibatkan beberapa kawasan termasuk DUN terbabit dinaiki air.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia menasihatkan penduduk kampung terutamanya yang berhampiran sungai, agar berjaga-jaga dan mengambil langkah sewajarnya.

“PAS Jabi mengambil langkah segera menyantuni mangsa banjir dengan agihan sumbangan disekitar kampung Padang Lengkuas, Tok Dor dan Bukit Jeruk,

“Penduduk di kawasan berisiko dinasihati terus berwaspada berhadapan dengan kemungkinan yang tak dijangka melihat kepada hujan yang masih berterusan lebat,” jelasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan