Terengganu, Malaysia

PRU-14: Fitnah Ke Atas PAS Dari Kiri Dan Kanan

Tuan Ibrahim 1 Dekad MDI

Oleh : Sumaiyah Zakaria

MARANG – PAS dijangka terus menerima fitnah dari kiri dan kanan menjelang Pilihanraya Umum ke-14.

Timbalan Presidennya, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukan hanya UMNO dab Barisan Nasional (BN) akan serang habis-habisan bahkan daripada parti-parti Pakatan Harapan juga

“Kita akan berdepan dengan situasi ini……fitnah akan serang kita bermacam-macam. Kita kena rapat dengan Allah Taala, merayu dan mohon kepada Allah.

“Jangan jauh dengan Allah. Jaga kerja jemaah. Walaupun sekadar susun kerusi selepas program, ambil bahagian. Walaupun kutip sampah.

“aga sembahyang jemaah, jangan tinggalkannya. Orang yang tinggal sembahyang jemaah, dia akan jauh dari rahmat Allah Taala,” ujar beliau.

PRU-14: Fitnah Ke Atas PAS Dari Kiri Dan KananBeliau yang ditemui pada Ceramah Perasmian bersempena Sambutan Satu Dekad Madrasah Darul Iman di sini pada Jumaat 24 November, merakamkan ucapan tahniah kepada PAS Kawasan Marang.

“Tahniah kepada PAS Kawasan dan jentera yang telah berjaya membina sebuah sekolah yang sebegini hebat, menjadi sekolah yang terbaik. Telah 10 tahun atau 1 dekad usia MDI ini,

“Terima kasih kepada penyumbang, tanpa sumbangan tuan puan, kita tidak tahu. Orang mari minta derma, kita bagi. Jadi apa, kita tidak tahu. Jadi tiang ke, jadi lantai ke, jadi bilik kelas wallahua’lam.

“Akhirat esok, kita pakat tengok masing-masing. Mudah-mudahan sumbangan kita diterima Allah SWT,” katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahar ahli dan penyokong PAS menjaga amalan fardiah, peribadi masing-masing.

Beliau tuurut menyampaikan beberapa anugerah, antaranya adalah Anugerah Pelajar Cemerlang bagi peperiksaan UPSR, UPSRI dan Anugerah Tokoh Istiqamah MDI.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan