KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh UMNO seolah-olah berlepas tangan dan tiada usaha yang khusus untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah.
Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, masalah penagihan ‘najis’ itu ketika ini sangat membimbangkan.
“Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan hampir 10,000 orang terlibat dalam penagihan dadah di negeri ini…..statistik menunjukkan 2,664 penagih didaftarkan untuk pengawasan AADK di negeri ini,
“namun berdasarkan penilaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekiranya terdapat seorang penagih berdaftar, ada empat penagih di belakang mereka yang tidak berdaftar,” jelasnya.


Katanya, PAS berjanji akan Menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Secara Holistik, sekiranya diberi mandate dan memerintah negeri ini selepas pilihan raya umum akan datang.
“PAS mahu mewujudkan sebuah masyarakat dan negeri yang terlaksana padanya nilai-nilai dan hukum hakam Islam. Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah, dadah dan segala jenisnya adalah haram pada sudut syara’ dan undang-undang,
“Oleh itu, PAS akan menjadikan Islam sebagai penyelesaian kepada permasaalahan ini. Penyelesaiannya bukan sahaja dengan undang-undang dan penguatkuasaan tetapi pendidikan dan ketakwaan,” jelas beliau.


Beliau yakin, Islam datang dengan penyelesaian terhadap permasaalahan arak ketika itu, boleh dipratikkan bagi mentatasi penagihan dadah masakini.
Ustaz Mohd Nor menzahirkan kebimbangan, kerana katanya, bilangan penagih yang ditangkap golongan belia antara yang tertinggi terlibat dalam jenayah tersebut dalam tempoh tiga tahun.
“107 orang pada ditahan pada 2014, 166 (2015) dan 378 2016) berbanding remaja dan dewasa dan) AADK telah mengenal pasti sebanyak 2,000 sekolah di seluruh Negara berada di kawasan berisiko kegiatan penagihan dadah.


Justeru itu, beliau memohon agar rakyat memberi ruang kepada PAS bagi menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama itu.
“beri ruang kepada kami untuk menyelesaikan dengan kaedah Islam, usaha mesti dibuat secara bersungguh tetapi tawaran ini tidak mampu dilaksanakan melainkan seluruh pengundi ememberi kepercayaan kepada PAS untuk memerintah selepas PRU akan datang,” kata beliau.





























