Terengganu, Malaysia

PRU14; PAS Kemaman Bertanding Lima Kerusi

Alias Abd Hamid

Oleh : KHALID ABDULLAH

KEMAMAN – Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kemaman akan bertanding pada lima kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, ia adalah ekoran ketetapan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan bertanding semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini.

“PAS Kawasan Kemaman akan meletakkan calon di Parlimen Kemaman dan empat kerusi DUN melibatkan Kemasik, Kijal, Cukai dan Air Putih, ertinya lima kerusi kita akan bertanding.

PRU14; PAS Kemaman Bertanding Lima Kerusi“Tidak seperti sebelum ini, pilihan raya umum ke-13 lalu, PKR bertanding di peringkat Parlimen dan kesemua empat DUN, PAS yang bertanding.

“Peluang PAS lebih cerah kali ini walaupun jika berlaku pertandingan tiga penjuru, kita melihat dengan sokongan yang ada, peluang PAS meraih undi meningkat dan kita bakal memperolehi kemenangan”, kata beliau.

Ustaz Alias Abdul Hamid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Ihtifal PASTI Kampung Baru Kertih pada tengahari tadi.

Hampir 100 pelajar institusi pendidikan awal milik PAS diraikan dalam majlis tersebut.

PRU14; PAS Kemaman Bertanding Lima Kerusi

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan