KUALA TERENGGANU – PAS menggesa kerajaan bertindak tegas dan segera dalam isu Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontline).
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Malaysia, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun MAH mendakwa ia sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.
“Polisi antabangsa bukannya suatu Akta atau Enakmen undang-undang yang wajib dipatuhi,
“Ia hanya polisi dan bila polisi ini dibawa ke Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Negara,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan facebooknya, Sabtu, 11 November, disini.
Menurutnya maka tentunya Perlembagaan Negara lebih besar dari sekadar satu polisi Persatuan Hotel. Mana boleh buat polisi sesuka hati?.
“Apa makna Malaysia sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi kalau hak penganut Islam untuk beramal dengan ajaran agama disekat dan tidak dihormati,”ujar Dr.
Beliau menambah, Kerajaan Kelantan sebagai sebuah kerajaan negeri dengan bidang kuasa yang terhad boleh menguatkuasakan etika pemakaian pekerja hotel wanita beragama Islam.
“Di Kelantan juga ada Hotel 5 bintang iaitu Renaisance Hotel. Saya tengok pekerja mereka di bahagian perkhidmatan pelanggan boleh bertudung.
“Apakah Renaisance Hotel tak terikat dengan polisi MAH?,”soal beliau.










