Terengganu, Malaysia

Siasatan Awam SPR Tidak Telus

Siasatan Awam SPR Tidak Telus

KUALA TERENGGANU – Siasatan awam Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak telus kerana sepatutnya Orang Kena Bantah (OKB) hadir tetapi tidak dipanggil oleh SPR sejak bantahan pada suku pertama tahun ini.

“Apa yang berlaku hari ini sejak suku pertama lagi OKB itu langsung tidak hadir. Daripada 85 orang yang kita (PAS) bantah hanya seorang sahaja OKB hadir.

“Tetapi, malangnya apabila siasatan awam itu diadakan oleh SPR banyak bantahan yang kita (PAS) buat itu gagal.

“Pada saya, SPR telah berkompromi dan mengadakan konspirasi dengan pihak Umno. Itu yang kita (PAS) tidak puas hati. Kenapa orang yang dibantah (OKB) itu langsung tidak hadir. Jadi jelas SPR mewakili (OKB),” ujar YB Ariffin Deraman.

Siasatan Awam SPR Tidak Telus

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu itu berkata, seseorang ‘hakim’ tidak boleh memihak kepada orang yang tidak hadir kerana PAS mempunyai bukti OKB itu penyalahi peraturan SPR sendiri.

“Ada satu kes lain, alamat rumah ada tetapi rumah tiada lagi di lokasi yang beralamat berkenaan. Di alamat itu hanya ada tanah kosong tanpa rumah dan pihak SPR sendiri mengaku rumah tidak ada tetapi bantahan kita (PAS) gagal.

“Kita (PAS) juga membuat bantahan bagi suku ketiga yang ditutup pada 6 November lalu. Di Dun Batu Burok masih terdapat 34 orang yang didapati pengundi luar yang dimasukkan dan kami tetap adakan bantahan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya turut menghantar bantahan sebanyak 71 orang bagi senarai daftar pemilih suku ketiga tahun 2017 pada 6 November lalu melibatkan kemasukan 45 orang dalam UPU Jalan Kenanga di Dun Batu Burok, Dun Manir (24) dan dua orang di DUN Ladang.

Siasatan Awam SPR Tidak TelusDalam masa sama, beliau berharap siasatan awam bagi suku ketiga kali ini akan diadakan lebih telus oleh SPR dan menegaskan pihaknya tidak teragak-agak melaporkan kepada pihak berkuasa terutama Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya SPR mengulangi sikap sebagaimana sebelumnya.

Sementara itu, seorang saksi pembantah, Encik Abdul Latif Mohd, 37, mengakui sikap SPR seolah-olah berpihak kepada Umno-BN.

Katanya, meski pun hujah yang dikemukakan oleh wakil PAS berasas tetapi pihak SPR lebih membela OKB.

“Bantahan yang kami (PAS) buat bagi kemasukkan pemilih pindah seperti tuan rumah (beralamat) tidak kenal nama pemilih baharu itu.

“Alamat rumah ada tetapi rumah kediaman yang menggunakan alamat itu tidak ada di lokasi, hanya tanah kosong,” jelasnya ketika ditemui.

Malah, menurutnya pihak SPR pula berhujah seolah-olah cuba menjadi ‘pembela’ bagi pihak orang yang dibantah itu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan