Terengganu, Malaysia

Batal Tol Untuk Warga Kota, Kenapa Tol Karak Tak Boleh?

Batal Tol Untuk Warga Kota, Kenapa Tol Karak Tak Boleh?

KUALA TERENGGANU – PAS persoal kerajaan Malaysia, mengapa tidak boleh membatalkan atau memansuh tol lebuh raya Kuala Lumpur – Karak, sedangkan boleh menghapuskan bayaran beberapa lebuh raya lain.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Dr Azman Ibrahim berkata, tersebut sepanjang 60 kilometer dibina pada tahun 1974 dan siap sepenuhnya, serta dibuka kepada pengguna pada tahun 1977.

Katanya, kerajaan mengambil keputusan untuk mengenakan tol bagi membiayai kos pembinaan memandangkan ketika itu Malaysia adalah sebuah negara pertanian.

Namun begitu kata beliau, setelah Perdana Menteri bertukar dari Tun Abdul Razak kepada Tun Hussein Onn kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang ini Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tol Gombak, Tol Bentong dan Tol Karak di lebuhraya itu masih ada.

“Faktanya, inilah tiga plaza tol yang paling lama bertahan dalam negara dan nampaknya ia akan terus bertahan dan kadar tolnya akan terus naik.

“Sekarang anda perlu ‘menderma’ RM3 di Plaza Tol Bentong dan RM6 di Plaza Tol Gombak. Diantara penderma tegar di dua plaza tol ini ialah saya!

“Kita boleh terima lebuhraya ini dikenakan tol ketika ekonomi negara masih berasaskan pertanian di tahun 70 an dan 80 an. Masih lagi kita boleh berlapang dada bayar tol di tahun 90-an,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Batal Tol Untuk Warga Kota, Kenapa Tol Karak Tak Boleh?

Tapi sekarang, ujar beliau, dalam keadaan perkembangan ekonomi negara pada kadar 5.6% diisytiharkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia didakwa termasuk dalam senarai 25 negara paling membangun ekonomi dalam dunia, mengapa tapi tol di Lebuhraya tersebut masih kekal?

Menurutnya, pembayar tol itu ialah pengguna dari pantai timur yang nak ke Lembah Kelang, yang ramai ‘masih miskin’.

“Bukan macam warga kota yang banyak duit. Batalkan tol di Lebuh Raya Karak bermakna mengambil cakna kebajikan orang miskin seumpama kami.

“Kalau kerajaan boleh ‘batalkan’ tol untuk warga kota, kenapa yang ni tak boleh? Atau paling kurang turunkan kadar tol!,” tambah beliau.

Katanya, bayaran di Plaza Tol Karak, Bentong dan Gombak yang telah dilaksanakan sistem bayaran elektronik sepenuhnya juga merugikan orang ramai.

“setiap pengguna perlu menambah sekurang-kurangnya minima RM10 untuk kad ‘Touch N Go’paling minima RM10.

“Orang pantai timur bukannya lalu plaza tol hari-hari. Bila duit dalam ‘Touch N Go’ tak habis akhirnya ‘burn’ (hangus) begitu sahaja…..yang untungnya siapa?,” soal beliau lagi.

Pada pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat Jumaat minggu lalu, kerajaan memutuskan bakal memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan