Terengganu, Malaysia

Kuari Bukit Nenasi; LATAS Bimbang Soal Keselamatan Penduduk

Kuari Bukit Nenasi

oleh : DMS

SETIU – Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) melahirkan kebimbangannya dengan soal keselamatan dan keadaan kuari yang terletak di Kampung Bukit Nenasi, Batu Rakit.

Pengerusi LATAS Pusat, Haji Muhammad Sanusi Md Noor berharap, agar pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan berkaitan kuari yang boleh mengundang kemalangan, kecederaan dan maut kepada penduduk kampung.

“kita (LATAS) harap pihak berkuasa kerajaan negeri Terengganu, pejabat Tanah dan Galian khususnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sebagainya yang bertanggungjawab di atas kelulusan dan juga operasi kuari ini,

“dapat memastikan operasi kuari ini mematuhi peraturan-peraturan ‘mining’ ataupun perlombongan yang terlalu hampir dengan jalan utama dan kawasan kediaman,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan ke kuari tersebut pada Isnin 23 Oktober.

Kuari Bukit Nenasi; LATAS Bimbang Soal Keselamatan Penduduk

Menurutnya, keadaan ‘timbunan stok’ (stock pile) kuari yang menggunung tinggi terlalu hampir dengan jalan raya, amat menggusarkan, jika berlaku runtuhan.

“kita (LATAS) lihat tidak ada ‘buffer zone’ (zon keselamatan) untuk kawasan melindungi orang ramai dari bahaya,

“kuari ini walaupun kawasan letupan di bahagian dalam tetapi risiko pecahan batu itu tetap mengundang risiko kepada orang ramai,” jelasnya sambil mempersoalkan kelulusan kuari itu dari sudut Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan juga peraturan-peraturan asas berkaitan kuari.

Sehubungan itu, Pengerusi LATAS Terengganu Ustaz Shahrizukirnain Abdul Kadir, juga berharap wakil rakyat Batu Rakit memainkan peranannya dalam menjaga keselamatan penduduk.

Kuari Bukit Nenasi; LATAS Bimbang Soal Keselamatan Penduduk

Beliau berharap kejadian rekahan pokok besar yang menimpa kenderaan dan mengorbankan dua nyawa pada 7 Oktober lalu, di Kampung Mengabang Lekar, tidak berulang lagi.

“kebimbangan penduduk Kampung Bukit Nenasi ini dan kampung sekitarnya perlu di beri perhatian oleh wakil rakyat Batu Rakit,

“Kita tidak mahu setelah berlaku kemalangan jiwa, baru hendak di tangani dan bertindak sepertimana yang berlaku baru-baru ini,” ujarnya yang turut berada semasa lawatan di adakan bersama beberapa penduduk kampung.

Dalam pada itu, seorang penduduk Ahmad Zaini Busu turut berharap agar masaalah bau dan ‘gangguan bunyi’ dari uari terbabit dapat di atasi segera.

“terima kasih kepada LATAS yang datang melihat sendiri keadaan kuari ini dan kami berharap masaalah yang kami hadapi ini dapat di selesaikan segera,” katanya penuh harapan.

Berita sebelum;
Penduduk Gesa Kaji Semula Operasi Kuari

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan