Oleh : DMS
KUALA TERENGGANU – Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) berharap pembentangan Belanjawan 2018 akan memberi tumpuan dan penekanan penuh kepada usaha kerajaan bagi pengeluaran produk makanan.
Pengerusi LATAS Pusat Haji Muammad Sanusi Md Nor berkata, cuaca di Malaysia yang sesuai untuk tanaman sepanjang tahun, mempunyai tanah yang subur serta juga menerima hujan sepanjang tahun.
“adalah penting bagi negara untuk menjamin ‘food security’ yang menjadi keutamaan dunia pada hari ini.
“rekod makanan yang di impot negara negara kita) telah mencecah lebih RM 45 Billion setiap tahun dengan perdagangan cili sahaja yang bukan merupakan makanan utama mencecah RM150 Juta setahun,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika di temui setelah mengadakan beberapa lawatan berkait Lajnahnya di Batu Rakit dan Gong Badak, dekat sini pada Isnin 23 Oktober.

Menurutnya, krisis makanan dunia yang berlaku di beberapa benua di sebabkan perubahan cuaca juga perlu menjadi pengajaran yang baik bagi kepada Malaysia dalam menghadapinya dengan langkah-langkah tertentu.
“mutakhir ini dunia yang berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu amat penting sekali bagi negara memastikan bekalan makanan yang cukup untuk keperluan rakyat,
“dan kita tidak boleh selamanya bergantung pada bekalan makanan yang di import…..ini sangat membimbangkan,” jelasnya.
Oleh itu, beliau juga berharap agar kerajaan tidak ‘bermain api’ berkait ‘isu benih padi’ kerana ia merupakan satu sektor yang paling mustahak.
Katanya, LATAS mendapati sebahagian besar daripada petani di utara, khususnya di Kedah dan Perlis tidak mendapat bekalan benih yang cukup untuk musim menanam padi tahun ini.

“ini satu kemalangan buat negara dalam tempoh 60 tahun kita merdeka apabila kerajaan cuba menarik balik subsidi benih padi daripada 80 ribu tan benih bersubsidi kepada 47 ribu tan,
“inilah kita (LATAS) dapati apabila tiada benih, tiadalah padi, apabila kita kekurangan benih padi maka kita menghadapi masaalah pengeluaran padi tempatan,
“dan kita akan bergantung sepenuhnya pada beras yang diimport,” ujar beliau dan menambah, beras itu akan mendedahkan Malaysia kepada isu manipulasi harga,isu keselamatan makanan dan juga isu bekalan.
Justeru manta Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah itu benar-benar berharap agar belanjawan yang akan dibentangkan nanti akan mengambilkira pelbagai isu yang dibangkitkan termasuk nasib petani yang akan menghasilkan pengeluaran makanan.










