Oleh : Khairul Nizam Abdullah
KUALA NERUS – PAS Terengganu mengorak langkah mendekati golongan yang berminat dalam dunia fotografi untuk bernaung dibawah satu wadah, Lensa Hijau.
Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian (LESTARI) PAS Malaysia, Dr. Ustaz Ridhuan Mohd Nor berkata, melalui Unit Fotografi mengembangkan bidang seni foto.
“Unit fotografi diketuai Hishamuddin Abdullah akan mengumpulkan peminat-peminat fotografi, mengasah bakat dan menyatukan mereka atas platfom Lensa Hijau,
“LESTARI akan diwujudkan di setiap negeri dan wilayah. Pelbagai program akan diatur bagi memberdayakan unit ini terutama bagi menarik minat kelompok muda dan kelompok peminat seni,” jelas Ustaz Ridhuan.


“Yang kedua ikhlas sahaja tak cukup kalau kita tak bekerja keras. Macam mana kita nak berjaya kalau tidak bersunggu-sungguh dalam melakukan kerja,
“sebab itu tak boleh kita mendakwa kita hanya sahaja bekerja, orang lain tak bekerja. Saya menyebut perkara ini supaya saudara meletakkan satu kefahaman,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penubuhan Lensa Hijau di Nr Café, Jumaat, 13 Oktober, disini.


“Oleh itu, Kalau kita ambil gambar kita simpan, kita tidak pamer maka pada waktu tersebut ia akan memberikan pembaziran,
“setiap gambar yang diambil mesti disebarkan, bukan disimpan,” tegas Ustaz Hishamuddin.
Turut hadir pada Majlis tersebut ialah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.




























