Kini 900, 000 Rohingya Bermukim Di Bangladesh

1383

KUALA TERENGGANU – Jumlah yang dikesan memasuki negara sebenarnya jauh lebih tinggi, kira-kira 521000 orang, menjadikan keseluruhannya angka pelarian yang bermukim di kawasan Cox’Bazar seramai 939,000 orang.

Akhbar Newage Bangladesh melaporkan, seramai 17,526 orang Rohingya telah didaftarkan masuk ke negara itu dalam tempoh sebulan setengah sejak ketegangan memuncak di negeri Rakhine, 25 Ogos lalu.

Ia menimbulkan kebimbangan banyak pihak tentang kelambatan pemerintah Bangladesh yang lambat melaksanakan pendaftaran dengan pengesanan cap jari atau ‘bio-metrik’.

Baru tiba! antara 4,000 hingga 5,000 Rohingya melintas sempadan pada setiap minggu

Buat masa ini, hanya lima pusat pendaftaran yang dibuka bagi tindakan pendaftaran disifatkan terlalu sedikit bagi menampung pelarian yang kini berkampung di kawasan seluas 790 hektar.

Sedangkan Rohingya telah mula meraikan diri dari Myanmar sejak tahun 1970-an kerana penindasan rejim Myanmar yang telah membatalkan kerakyatan mereka.

Pada akhir 1990, lebih daripada 250,000 tinggal di kem-kem pelarian di Bangladesh dan ada awal tahun 2000, hanya 20,000 daripada mereka telah dihantar pulang ke Myanmar atas kerelaan mereka sendiri.

Kawasan penempatan baharu pelarian Rohingya yang bertambah setiap hari

Dalam tempoh hampir dua bulan kebelakangan, lebih 500,000 pelarian Rohinya tiba di negara itu yang majoritinya bertumpu di sepanjang lebuh raya Teknaf- Cox’s Bazar, selari dengan Sungai Naf.

Kawasan-kawasn tersebut; Balukhali, Kutupalong, Thangkhali, Niyapara, Leda dan Teknaf, yang terletak hanya kira-kira dua hingg lima kilometer dengan sempadan antara Bangladesh dan Myanmar.

Walaupun keseluruhan kem-kem terbabit, kesemuanya mempunyai infrastruktur yang sangat minima, Misi Kemanusiaan PASRelief hanya akan menumpukan sumbangan kepada Balukhali, yang merupakan kem terbesar, digabungan dengan Thangkali.

Haji Sanusi memeriksa pembinaan ‘shelter home’ yang dibangunkan PASRelie di Kem Balukhali

Pengarahnya Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia lebih memudahkan bagi NGO tersebut untuk mengenalpasti bentuk bantuan yang akan disampaikan.

“Sepanjang misi kali ini, PASRelief telah menyampaikan sumbangan ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan penderitaan pelarian Muslim Rohingya,

“70 buah telaga tiub (tubewell), 5000 pakej makanan asas dengan berat keseluruhan pakej makanan ini adalah kira-kira 65 tan,

“25 buah khemah kediaman lagi didirikan untuk diberikan khusus kepada keluarga balu (ibu tunggal) akibat suami mereka dibunuh oleh rejim Myanmar

“55 buah khemah, 15 buah sekolah atau bilik darjah dan tiga buah Musolla tempat ibadah yang akan digunakan juga sebagai madrasah pengajian Al-Quran anak-anak pelarian,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Untuk Pengurusan Bencana Dan Bantuan, Mofazzal Hossain Chowdhury Maya pada 6 Oktober lalu berkata Bangladesh merancang untuk mengembangkan sebuah kembaharu pelarian di Kutupalong.

Beliau berkata, dua daripada penempatan yang sedia ada telah pun ditutup, manakala pada setiap minggu dilaporkan antara 4,000 hingga 5,000 Rohingya melintas sempadan dengan 10,000 lagi menunggu di sempadan.