Sepanjang perjalanan berkonvoi sempena Sambutan Hari Malaysia bersama ARC Pemuda PAS Sabah melalui jalan raya sekitar 30 km di Sandakan pagi tadi, air mata saya menitis.
Menitis air mata kerana mendapat maklumat Pemuda PAS Sabah yang datang bermotosikal dari seluruh pelusuk Sabah untuk menjayakan sambutan Hari Malaysia di Sandakan. Mereka bermotosikal dengan perjalanan sekitar 8 jam.
Mereka melalui pengorbanan yang besar untuk sampai di sini.


Di simpang jalan ada Unit Amal berkawal menghentikan seketika lalu lintas demi kelancaran konvoi. Pemandu lain berhenti memberikan laluan tanpa sebarang masalah.
Konvoi juga melalui tak kurang dari lima bulatan jalan raya yang dikawal oleh Unit Amal. Takjub saya bila pemandu di Sabah mematuhi arahan Unit Amal tanpa sebarang masalah. Saya tepuk pipi bimbang saya sedang bermimpi berada di Sabah sedangkan saya sebenarnya sedang berada di Kelantan. Bila pipi terasa sakit, memang saya sedar bahawa saya bukan bermimpi dan memang saya sedang berada di Sabah. Ini Sabah bah!


Saya sangat yakin dengan masa depan perjuangan Islam di Bumi Bawah Bayu ini. Ia akan mengalir bagaikan air mengalir dari tempat tinggi yang membajiri kawasan lembah.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
16 September 2017






























