Jangan Samakan Koperat Dengan Politik

1347

Jangan Samakan KorporaSyeikh… Mengurus satu badan korporat tak sama dan tak serupa dengan mentadbir serta mengetuai satu organisasi politik.

Enta mengatur kerja sekumpulan eksekutif yang bergaji 50k sebulan di sektor korporat. Enta boleh paksa, tekan dan letak very high target untuk dicapai dan mereka akan bermati-matian bekerja untuk mencapainya. Tak tercapai maka they must go!

Kita mengurus organisasi politik Islam yang petugasnya berkelulusan dari sekolah melayu sehingga ke U. Kerja tanpa sebarang imbuhan malah mereka yang lebih banyak memberi dari menerima.

Enta boleh cerita di badan korporat, mesyuarat pukul 9 pagi akan dimulakan tepat pukul 9 pagi tanpa kompromi. Kita yang mengurus organisasi politik mesyuarat jam 9.30 malam, pukul 10 baru boleh mula. 10.45 ada lagi yang baru datang. Alhamdulillah… better late than never. Kita sebagai pemimpin boleh datang tepat pada masa. Tapi tetap perlu raikan kekurangan dan keterbatasan sahabat-sahabat lain. Tak boleh nak buat cara kita seorang diri.

Enta di badan korporat boleh buang bila pekerja tak perform. Kita di organisasi politik akan memanfaatkan sedaya mungkin tenaga yang ada. Paling kurang mereka hadir untuk meramaikan bilangan sudah memadai.

Maka bila enta cerita pengalaman enta mengurus sektor korporat, cubalah juga memahami realiti kita yang mengurus organisasi politik. Ada lebih hulurkan sedikit untuk kita.

Dr Azman Ibrahim
5 September 2017