PAS Tidak Mahu Kemerdekaan ‘Separuh Masak’

1728

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Dalam pada sebahagian rakyat gembira menyambut ulang tahun kemerdekaan, PAS memberi amaran, ia tidak mahu satu kemerdekaan yang hanyalah sekadar ‘separuh masak’.

Timbahan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Haji Yahya Ali berkata, walaupun negara telah merdeka selama 60 tahun tetapi warisan penjajah terutamanya undang-undang Inggeris masih lagi diguna pakai.

“Bila bercakap soal kemerdekaan,apa tujuan kita dihidupkan diatas dunia ini ?jadi Allah SWT menyebutkan (ayat al-Quran) , ‘dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk memperhambakan diri kepada ku’,

“ini merupakan kemerdekaan yang sebenar yakni kita membebaskan diri kita daripada sebarang bentuk perhambaan yang lain melainkan kepada Allah,

“Kita juga terikat kepada Allah yang menjadikan kita ini dengan tujuan sebagai khalifah yang bermaksud dengan satu huraian ‘ iqamatuddin wasiasatuddunniabih’ (iaitu) tugas dan peranan kita ialah untuk menegakkan agama yakni agama Islam dan mentadbir dunia dengan agama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Ambang Kemerdekaan di Dataran Ko-Khidmat (MYDIN) Kuala Ibai 30 Ogos, disini.

Menurutnya, dengan barulah kita boleh merdeka dalam erti kata sebenar dan ini merupakan apa yang diperkatakan apabila seorang tentera biasa islam dalam satu peperangan besar yang bernama Ruba’i bin Amir berdepan dengan ketua panglima tentera Parsi yang bernama Rusdum yang melihat kehebatan tentera Islam pada waktu itu berjuang bermati-matian untuk mengejar syahid.

“Apabila di tanya kepada Ruba’i bin Amir atas tujuan apa kamu berperang ?. Beliau menyatakan bahawa kami umat islam berperang bagi membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah swt semata-mata,

“Membebaskan manusia daripada kesempitan hidup di dunia ini kepada keluasan hidup di dunia dan keluasan hidup hidup di akhirat, membebaskan manusia daripada kezaliman agama-agama , pelbagai fahaman dan juga agama kepada keadilan Islam,” jelasnya.

Justeru katanya, itulah merdeka suatu yang dituntut oleh Islam.

Oleh kerana itu, kata beliau, sekiranya ia diambil sebagai suatu asas, maka soalnya, adaka kita duduk dalam negara yang benar-benar merdeka?

“saya nak tanya saudara saudari, muslimin muslimat sekalian, adakah kita telah merdeka dalam erti kata sebenarnya ataupun tidak?,

“Kita belum lagi merdeka! Oleh kerana itu, ini merupakan perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS) sejak ditubuhkan daripada tahun 1951, inilah perjuangan kita untuk merdeka dalam ertikata yang sebenarnya,” tegasnya.