Terengganu, Malaysia

Teruskan RCI Demi Keadilan Mangsa – Presiden PAS

hadi awang kuliah pc

Oleh : KAM

MARANG – PAS mahukan siasatan diteruskan melali Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) demi mencari keadilan kepada semua mangsa-mangsa yang terkorban dalam peristiwa hitam di Memali.

Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Guru Abdul Hadi berkata PAS bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI itu sebagai ‘respon’ kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, katanya setiap tahun PAS sentiasa mengadakan majlis memperingati peristiwa Memali yang berlaku sejak 32 tahun lalu.

Menurutnya, siasatan RCI itu perlu dilakukan bagi mencari keadilan kepada mangsa-mangsa yang terkorban.

Teruskan RCI Demi Keadilan Mangsa – Presiden PAS“Itu (RCI) respon dari kenyataan Timbalan Perdana Menteri (Dato’ Seri Ahmad Zahid) yang buat kenyataan, kita (PAS) respon kenyataan dia.

“Saya lebih penting mencari keadilan kerana mangsa itu terbunuh. (Allahyarham) Ustaz Ibrahim (Libya) dan rakan-rakannya yang kita anggap sebagai Syahid, teraniaya, dizalimi. Polis juga terbunuh dan kita faham, polis juga dipaksa,” dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dikediamannya selepas menyampaikan Kuliah Mingguan Pagi Jumaat, di Masjid Rusila, Marang, pada 25 Ogos.

Kata Dato’ Seri Abdul Hadi, jika kumpulan itu didakwa terlibat dengan ajaran salah adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Agama dan bukan pihak Polis.

Menurutnya, banyak kenyataan-kenyataan dan tulisan pihak terbabit punca kejadian itu dikaitkan dengan orang politik.

“Sepatutnya, bila (tuduhan) berkait dengan ajaran salah itu (bidang kuasa) Pejabat Agama, bukan polis.

Teruskan RCI Demi Keadilan Mangsa – Presiden PAS

“Dan ada buku yang ditulis oleh OCPD Baling dan banyak lagi di kalangan polis buat kenyataan selepas itu, menandakan bahawa mereka (bertindak) telah dipaksa oleh kalangan (orang) politik.

“Dengan sebab itu, kita tidak menyalahkan di kalangan polis, kita tidak menyalahkan di kalangan orang-orang yang dipaksa itu. Kita harap Allah Ta’ala cucuri rahmat kepada mereka (mangsa) semua,” jelasnya kepada wakil media.

Menjawab kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mendakwa polis bertindak selepas diserang orang pengikut Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya, Dato’ Seri Abdul Hadi mahukan Dr Mahathir disiasat.

“Itu kenyataan Tun Dr Mahathir, perlu disiasat oleh polis sendiri. (mereka) Yang masih hidup ada lagi. Semua kena siasat ekoran-ekoran dia, sebab berlakunya peristiwa itu.

 

“Setahu kita, mereka (orang) itu tidak ada senjata, yang ada senjatanya polis. Senjata kampung saja.

“Kita (PAS) difahamkan, jika komunis pun dan ucapan (Almarhum) Tuan Guru Dato’ Nik Aziz di Parlimen, ketika berlaku peristiwa Memali itu disiar balik (semula) dan mengikut prosedur polis, Komunis pun dia (polis) kepung dahulu.

Teruskan RCI Demi Keadilan Mangsa – Presiden PAS

“Suruh serah (diri), sekat makanan dahulu sehingga dia (suspek) lapar. Apatah lagi ini orang awam. Dia ada prosedur dan cara (peraturan) dia.

“Dari segi Islam pula, jika dianggap kumpulan yang bercanggah dengan kerajaan dari segi Islam, kerajaan kena hantar wakil. Apa yang bercanggah itu, kena dengar hujah dia, itu peraturan dia. Bukan terus pergi serang begitu, sebab itu saya kata kena siasat secar terperinci,” tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memberi komitmen dan bersedia untuk bekerjasama dalam siasatan tersebut.

Isu tragedi berdarah di Memali yang berlaku 32 tahun lalu itu kembali hangat apabila dikaitkan peristiwa itu ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menterinya.

Sementara itu, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berpendapat RCI Memali tidak perlu bagi menyiasat semula tragedi yang berlaku pada tahun 1985 itu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan