Terengganu, Malaysia

Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Memali

60196

KUALA TERENGGANU – PAS berharap supaya penubuhan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan Tragedi Memali ini disegerakan supaya keadilan dikembalikan semula kepada mangsa dan juga keluarga mangsa yang teraniaya.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kes Pembunuhan Memali bukanlah bersifat peribadi.

Katanya, saranan itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat PAS Pusat dan berkebetulan berlaku suatu ‘tragedi’ dalam program ‘Nothing To Hide’ anjuran Pakatan Rakyat.

“Kita memang mencadangkan supaya dibuka semula kertas siasatan kes Tragedi Memali dan mengesyorkan satu Suruhanjaya Bebas diwujudkan bagi menyiasat kes ini,

Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Memali“Suruhanjaya Bebas yang dilantik dibawah Yang DiPertuan Agong yang mewakili seluruh kepentingan rakyat termasuk bekas-bekas ketua hakim, pegawai-pegawai kerajaan, agensi-agensi yang kita fikir layak,

“untuk mengetuai jawatankuasa yang bebas daripada sebarang penglibatan mereka dalam isu Memali,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah Isu 1MDB dan Sidang DUN, di Flat Hiliran pada Jumaat 18 Ogos, disini.

Menurutnya, kerajaan perlu segera mewujudkan penubuhan suruhanjaya siasatan kerana isu ini telah berlalu begitu lama, kira-kira 32 tahun yang lalu.

Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Memali“Bagi PAS ini bukan soal nak ‘attack’ Tun Mahathir atau mana-mana individu. Cadangan untuk siasat ini kerana prinsip kita nak menegakkan keadilan. Dan diatas prinsip keadilan ini maka kita perlu berlapang dada.

“Kalau kita rasa terlibat sama, tak perlu nak bantah sebab kita nak menegakkan prinsip keadilan bukan nak tohmah mana-mana individu. Itu pendekatan budaya Politik Matang dan Sejahtera yang kita bawa,” jelas beliau.

Justeru, PAS mengharapkan agar disegerakan penubuhan suruhanjaya siasatan bebas ini dan sebagaimana yang disarankan Presiden PAS agar semua yang terlibat mesti meminta maaf dan mengakui kesilapan serta balik pada prinsip syarak.

“Prinsip syarak ni adil dan perlu diberi balasan yang setimpal ataupun dibayar, kalau mengikut hukum syarak, dibayar ‘diyat’ atau minta maaf tapi diperingkat ini,

Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Memali“saya fikir perlu mengakui kalau kita buat kesilapan dan saya pernah sebut kepada Dato Mukhriz supaya oleh kerana Tun (Mahathir) sebut dia tak terlibat dalam isu ini,

“Kalau (betul) dia tidak terlibat, dia perlu pergi jumpa orang Memali dan minta maaf. Jadi siapa yang terlibat masing-masing buat tuduhan. Dia (Mahathir) kata Tun Musa Hitam ….. Tun Musa Hitam kata Mahathir … Dan bagi PAS, Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan,” tegas Ustaz Tuan.

Oleh yang demikian, PAS berharap supaya penubuhan ini disegerakan dan keadilan mesti dikembalikan semula kepada mangsa dan juga keluarga mangsa Tragedi Memali.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan