Terengganu, Malaysia

Allah Akan Membalas Dosa Pemerintah Yang Zalim

60179

MARANG – Dosa seorang pemerintah yang melakukan kezaliman dan membunuh rakyatnya akan dibalas oleh Allah.

Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, walaupun telah berpuluh tahun berlalu peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk Kampung Memali di Kedah, dibangkitkan semula oleh Allah.

“dosa buat zalim kepada orang dan bunuh penentangnya, dia bunuh ikut pandai (suka) dia…..ini zalim yang dahsyat….orang yang zalim bunuh orang ni Allah akan balas,

“bagaimana peristiwa Memali (yang sudah berlaku puluhan tahun) Allah bangkitkan semula, dan orang buat zalim zaman dulu….hari ni dia nampak,” jelasnya.

Allah Akan Membalas Dosa Pemerintah Yang ZalimSeluruh rakyat juga, kata beliau, dengan timbulnya isu Memali sekarang ini, boleh melihat kebenaran yang diperjuangkan oleh As-syahid Ustaz Ibrahim Mahmood (Libya).

ADUN Bukit Payong itu berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di masjid Rusila, di sini hari ini 18 Ogos, yang menceritakan kisah bagaimana dialog seorang budak dengan seorang pemerintah zalim, ketika zaman khalifah Bani Umaiyyah.

Sehubungan itu, menurut beliau, kekecohan yang berlaku pada program ‘Nothing To Hide’ di Shah Alam baru-baru ini telah menyebabkan rakyat bercakap kembali tentang kezaliman kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1985.

“Allah telah mendedahkan kepada kita semua….termasuk mereka (anak-anak muda) yang tidak sempat (melalui zaman ) eristiwa itu berlaku, telah mula bercakap dan berbincang,

“(serta) bercakap tentang peristiwa (Memali yang telah dicacat dalam sejarah),” tegas beliau.

Allah Akan Membalas Dosa Pemerintah Yang ZalimSebelum itu, beliau menyeru agar umat Islam memberi fokus kepada penyelesaian masalah utama yang dihadapi, supaya ummah dapat hidup sejahtera dengan ugama.

Katanya, pemimpin telah meletakkan gagasan ‘Politik Matang dan Sejahtera’, supaya ahli dan penyokong PAS mendekati semua lapisan masyarakat.

“kitak tidak seperti pejuang Hamas yang berhadapan dengan Yahudi (tetapi) kita berhadapan dengan orang Islam yang jahil……yang menzalimi diri mereka,

“yang ada masalah, yang menyeleweng, yang leka dan lalai…..yang jauh daripada ugama,” jelasnya lagi.

Justeru itu katanya, umat Islam perlu membudayakan kehidupan yang matang dengan ugama dan berhujah dengan fakta serta bertindak dengan kaedah-kaedah menurut ajaran ugama.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan