25 Terbunuh Dalam Pertempuran Antara MILF Dengan Militan Berkait ISIL

2303

Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam pertempuran antara lelaki bersenjata dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di wilayah Filipina selatan, Maguindanao (Mindanao).

Dua puluh daripada yang terkorban adalah pejuang militan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dan Jamaatul Mujajideen Wal Ansar yang berkait ISIL

Jurucakap tentera, Kolonel Gerry Besana seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Filipina menyatakan, lima anggota Angkatan Tentera Islam Bangsamoro (BIAF) MILF turut terbunuh manakala 10 cedera.

Tiga daripada mereka adalah dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di sebuah hospital tentera di wilayah itu.

Besana berkata, pertempuran mula meletus sejak awal Ogos lalu apabila militan cuba memasuki kawasan MILF di kampung Tee, tetapi telah diminta untuk meninggalkan.

Jurucakap MILF BIAF Von Al-Haq berkata dalam satu temu bual melalui radio, mereka akan berjuang menentang kumpulan itu sehingga mereka tidak lagi kelihatan di dalam kawasan dikawal MILF.

“Ini adalah untuk membebaskan masyarakat awam dari keganasan, ketakutan, bahaya dan kemungkinan kemusnahan tempat-tempat mereka dari tangan kumpulan ini,

“pengganas adalah musuh manusia dan kepercayaan mereka adalah di luar ajaran Islam,” kata Al-Haq dipetik oleh Luwaran, laman web rasmi MILF.

MILF, bekas kumpulan pemberontak yang berpangkalan di selatan Filipina, menandatangani perjanjian damai dengan pemerintah Filipina pada Mac 2014 tetapi tuntutan masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Tentera telah bekerjasama dengan MILF dalam memerangi pengganas yang telah berjanji setia kepada ISIL.
Seluruh pulau Mindanao, di mana wilayah Maguindanao terletak, telah berada di bawah undang-undang tentera sejak 23 Mei hingga akhir tahun ini berikutan pengepungan oleh satu lagi kumpulan berkait ISIL di bandar Marawi.