PAS Bantu Usaha Cari Mangsa Hilang

1603

MARANG – Usaha mencari mangsa yang masih hilang sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa keselamatan dan juga orang-orang kampung.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, disamping segala usaha mencari dilakukan dengan bantuan nelayan, kita juga melakukan solat hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan usaha mencari mangsa hilang dilaut.

“Untuk menghilangkan kerunsingan kepada keluarga dan juga ahli waris, disamping itu kita mengharapkan rakan-rakan dan juga sahabat handai terus memberi sokongan,

“Dan memberi motivasi kepada keluarga (mangsa) supaya mereka dapat bersabar menerima ujian ini dengan penuh keredhaan dan anggaplah ini satu takdir dan ujian dari Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tepi pantai lokasi pencarian dijalankan.

Pada petang Sabtu, 12 Ogos, seorang nelayan Zakaria Omar, 58, dari Kampung Jambu Bongkok yang keluar menangkap ikan tidak pulang sehingga petang dan dikhuatiri hilang dilaut.

“Kita beserta penduduk kampung telah mengadakan solat hajat di beberapa buah masjid dalam kawasan kita ini,

“Dan insha Allah solat hajat akan diteruskan pada malam ini sehingga mangsa ditemui,” kata beliau.