PAS Bukan Pembangkang ‘Membabi Buta’

2622

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA TERENGGANU – PAS bukanlah membangkang membabi buta terhadap segala tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional  sebaliknya menjadi ‘check and balance’ kepada pihak pemerintah.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, Kita perlu memahami nilai pada wang yang telah dibelanjakan dalam konsep untuk kita  menerapkan ‘value for money’ dengan harta dan khazanah negeri Terengganu yang cukup bernilai tinggi.

“Tetapi kita fokus terhadap isu pembangunan supaya nilainya, pulangannya balik kepada rakyat negeri Terengganu secara optimum sebab itu kalau kita melihat Tasik Kenyir pada tahun 1993, sebenarnya telah diwartakan berada di bawah Pengurusan Lembaga Kemajuan Tengah ataupun dipanggil KETENGAH,

“Dengan satu kawasan yang cukup luas sekitar 209 199 hektar Tasik Kenyir yang telah pun diserahkan kepada KETENGAH,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual berkenaan isu ‘Pembangunan di Tasik Kenyir’, di studio HARAP TV, 8 Ogos, disini.

“Tetapi inisiatif kerajaan pimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif mereka telah  mengambil wang negeri Terengganu untuk  membangunkan kawasan Tasik Kenyir ini dalam keadaan pembangunannya  sangat luar biasa dan menggunakan pembelanjaan  yang sangat tinggi,

“Sebab itu kalau kita melihat, saya suka berkongsi  bermula daripada tahun 2004 setelah daripada kejatuhan kerajaan  PAS negeri Terengganu sebenarnya tunggakan wang royalti  negeri Terengganu pada waktu tersebut kurang lebih sekitar enam billion,” jelas beliau.

Menurutnya, itulah gagasan untuk menubuhkan ‘Terengganu Invesment Autority’ (TIA) sebelum daripada 1MDB diambil alih dan diperkenalkan oleh Kementerian kewangan yang diperbadankan. Jadi enam bilion ini sebenarnya duit negeri Terengganu yang digunakan untuk membangunkan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

“Dan konsep ini saya membuktikan bahawa  empat tahun pemerintahan PAS negeri Terengganu 1999-2004 pada waktu tersebut dia nafikan penggunaan enam bilion ini untuk membangunkan  negeri  Terengganu,

“Ekoran daripada itu,beberapa projek setelah daripada Dato Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar kemudian di sambung oleh Dato Seri Ahmad Said dan kini oleh Dato Seri Ahmad Razif,

“Duit daripada royalti yang telah di beri nama dengan dana khas  diguna pakai untuk pembangunan-pembangunan seluruh negeri Terengganu,” katanya.

Justeru katanya, dalam banyak pembangunan seluruh negeri  Terengganu  antara yang super mega yang boleh kita infak kan pembangunan tersebut  adalah di Tasik Kenyir. Jadi kalau ditanya apa pembangunan berlaku di Tasik Kenyir selain daripada yang besar di Tasik Kenyir iaitu Pusat Bebas Cukai, ada beberapa pembangunan  yang  lain.

“Saya sebutkan beberapa  contoh, antaranya  Taman Tropika yang melibatka kos sebanyak  rm 7.6 juta. Kos  asalnya  sebanyak  7.08 juta. Taman Rama-rama yang membabitkan kos asal sebanyak rm 7.39 juta dan kos solar untuk Taman Rama-Rama sebanyak 4.05 juta yang keseluruhannya  untuk Taman Rama-Rama ialah sebanyak rm 11.44 juta,

“Kemudian Taman Burung  yang ditutup kos asal adalah sebanyak rm5.5 juta. Kemudian kos solar 2.1 juta yang membabitkan kos sebanyak 7.6 juta. Ini adalah kos asal yang kita tidak ketahui kos sebenar berapa. Itu memerlukan ketelusan  pihak kerajaan untuk bersikap  jujur memaklumkan  dengan pelbagai perkara berlaku berapa kos yang telah terbabit,” tegas beliau.