Peneraju Politik Islam Wanita Muda

2485

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Ameerah yang merupakan salah sebuah agensi dalam PAS adalah peneraju politik wanita Muda Islam yang banyak menyuarakan isu-isu golongan tersebut.

Pengarah Ameerah Negeri Terengganu Zuraida Md Noor berkata, pengundi muda memainkan peranan penting dalam membantu kemenangan PAS pada pilihan raya umum (PRU) 14 yang akan datang.

“kita kena faham dan jelas sebab kita tahu hari ini pengundi muda memainkan peranan (penting) untuk membantu kemenangan parti kita sendiri iaitu kemenangan Islam,

“Macam mana kita nak tarik anak-anak muda di luar sana terutamanya wanita muda untuk memilih PAS sebagai platform dalam membantu kemenangan Islam,” katanya.

Beliu berkata demikian ketika ditemu bual di studio Harap TV di tapak program Himpunan Harapan Semua (HARAP)–PGU 3.7 Setiu, di kampung Pengkalan Atap pada sabtu, 29 Julai.

Menurutnya, Ameerah berperanan dalam membantu serta cakna kepada masyarakat terutamanya wanita muda dan turut terlibat (secara) langsung dengan Ameerah Care.

“Yang mana Ameerah Care ini mengambil berat kebajikan muslimat muda yang cakna kebajikan, kemasyarakatan dan yang paling penting misi-misi kemanusiaan,

“Kita bantu mereka memberi penerangan tentang isu-isu wanita terutamanya banyak sekarang ni isu yang banyak Ameerah cakna seperti isu penceraian wanita muda,

“Yang umur 20, 22 dan 23 tahun ramai yang bercerai. Jadi isu-isu kadang melibatkan hal-hal yang remeh temeh, oleh sebab itu antara peranan Ameerah adalah cakna tentang isu wanita muda di luar sana,” jelasnya.

Ketika ditanya pemberita, bagaimanakah persiapan Ameerah bagi membantu muslimat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14, beliau menjelaskan, “Sekarang ni pada bulan Ogos dan bulan September kami gempur setiap kawasan di Terengganu,

“Kami arahkan kepada setiap kawasan untuk mengadakan Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) ataupun himpunan Ameerah kawasan-kawasan,

“Di mana objektif utama HAMRA ini adalah (untuk) mengumpul dan menghimpunkan seramai mungkin tenaga muda terutamanya wanita muda untuk kita memberi penerangan tentang kepentingan mengundi,” kata beliau.

Jelasnya lagi, pengundi muda perlu tahu hak-hak mereka dan yang paling penting mereka menjadi jentera utama membantu muslimat dan parti PAS sendiri untuk melaksanakan kerja-kerja pilihanraya inshaAllah.

“Saya menyeru agar muslimat dan wanita-wanita muda diluar sana untuk sama-sama bangkit untuk membantu muslimat kita, bantu Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk sama-sama menyumbang bagi kemenangan dalam perjuangan Islam itu sendiri,

“Dan sekaligus kita turut sama memberi saham dan membantu pilihanraya akan datang, inshaAllah”, katanya.