PAS Dedah Lima Lagi Manifesto PRU Ke-14

3154

SETIU – PAS Terengganu mendedahkan lima lagi Manifesto Awal pilihan rayanya menjadi 15 semua janji yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya parti tu diberi mandat oleh rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, 52 peratus pengundi Terengganu adalah mereka yang akan mengundi buat kali pertama pada pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang.

Oleh itu, beliau yakin PAS akan menang pada PRU Ke-14, dengan perubahan yang akan dibuat oleh kelompok pengundi muda tersebut.

Katanya PAS Terengganu telah mengisytiharkan 10 manifesto awal sebelum ini pada HARAP-PGU 3.5 diBesut dan HARAP-PGU 3.6 di Hulu Terengganu.

“pada (HARAP-PGU 3.7) kali ini kita tambah lagi lima manifesto awal menjadikan 15 perkara semuanya,

“yang pertama memperuntukkan tabung RM50 juta setahun untuk tabung pinjaman perumahan rakyat, yang kedua menyediakanKad sejahtera bernilai RM500 setahun untuk golongan berpendapatan rendah,

“yang ketiga memberi cuti 30 hari bergaji kepada kakitangan kerajaan yang kematian suami, Membuka pusat asuhan (nursery) di setiap jabatan kerajaan negeri,

“dan yang kelima ialah mewujudkan bandar bahari Lestari di setiap daerah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Penutuop HAPAP-PGU 3.7 di kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit dekat sini pada mala mini.

Justeru itu beliau menyeru kepada semua hadiri agar menyebarluaskan lima lagi manifesto tersebut melalui pelbagai saluran.

“semoga ia dapat memberikan manfaat kepada kita dan membantu PAS memang pada pilihan raya kali ini,” menurut beliau.

Turut hadir pada malam akhir HARAP