HARAP 3.7; Anggota Jabatan Amal Bantu Lancarkan Perjalanan Program

2724

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

Setiu – Anggota Jabatan Amal (Unit Amal) Terengganu telah mengatur gerak anggotanya untuk memastikan kelancaran program Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP) – PGU 3.7 Setiu.

Timbalan Amal Comand Center (ACC), Mohd Nizam Wahab atau lebih dikenali sebagai Nizam Al Qassam menjelaskan, kita atur beberapa perkara penting sebab kita difahamkan ada tiga program besar pagi ini.

“Yang pertama konvoi ARC Bersama Pimpinan PAS. Seterusnya pelepasan pesrta Langkah HARAP dan perasmian HARAP 3.7,

“Jadi untuk pagi ini kita telah meletakkan anggota-anggota kita di posisi-posisi tertentulah yang kita kira posisi kritikal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai memberi taklimat kepada anggotanya ditapak HARAP 3.7, pagi ini, disini.

“Dan untuk pengetahuan semua, anggota amal pada pagi ini kita bagi beberapa bahagian di bilik gerakan. Kita meletakkan tiga ataupun empat orang untuk ‘Control ACC’ (Amal Comand Center) yang akan menjadi orang kata pengarahan berpusat daripada sini,

“Lepas tu kita ada unit ‘Runner’. Kekuatan kita seramai 12 orang. kita meletakkan di posisi-posisi kritikal tadi untuk melancarkan lalu lintas peserta dan juga lalulintas awam insya Allah,

“Seterusnya kita ada juga group medik. Kekuatan kita ini tujuh orang beserta dengan satu ambulans dan hari ini adalah persediaan kitalah dalam HARAP lepas pun kita inilah persediaan kita buat untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk melancarkan lagi program harap 3.7,” katanya.

Menurutnya, kekuatan keseluruhan (anggota) Amal pada pagi ini mencecah 70 anggota semua sekali termasuk di laluan lalulintas dan juga di parking-parking.
“Kita tidaklah menggunakan sepenuhnya kekuatan anggota kita pada pagi ini kerana kita simpan juga tenaga Amal ini untuk (program) malam ini pula,

“Kita tengok kalau perlu baru kita akan buat kerahan sebab yang terlibat untuk pada pagi ini hanya beberapa kawasan sahaja iaitu daripada Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Besut dan juga Dungun,” jelasnya.

Jelas Beliau lagi, lima kawasan sahaja (bertugas) dan mengikut shif . Di sebelah malam pula kita akan meletakkan ‘hardcore’ kitalah terutama daripada Kuala Nerus sendiri, Kuala Terengganu dan Marang (mengikut) perubahan shif.

“Hari ini antara ‘hardcore’ Jabatan Amal negeri Terengganu dan insya Allah saya selaku Timbalan Pengarah Dua Jabatan Amal Negeri Terengganu diamanahkan sebagai timbalan ‘pic’ program HARAP 3.7,

“Mengharapkan program ini berjalan dengan lancar dan lebih baik daripada program yang lepas,

“Sebarang kelemahan yang ada diperingkat Jabatan Amal Negeri Terengganu kami mohon kemaafan. kita buat sekadar yang mampu yang kita boleh buat,” katanya.