Terengganu, Malaysia

Pemimpin Umno Ganggu Pentadbiran Tanah

Cikgu Alias

DUNGUN – Penerokaan tanah tidak sah di Kampung Paya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang tidak dapat dihalang kerana campur tangan politik pemimpin Umno.

ADUN kawasan tersebut YB Cikgu Alias Harun berkata, laporan yang dikemukakan beliau dalam persidangan DUN tidak berkesan kerana ada ‘tangan-tangan hitam; yang menghalang.

“kita kemukakan laporan bawa isu dalam Sidang DUN…..selepas itu ada tindakan oleh penguatkuasa pejabat tanah tetapi tak ke mana!

“kerana ada pemimpin Umno yang bertindak seolah-olah memberikan ‘lampu hijau’ keatas penerokaan tanah-tanah kerajaan itu,” ujarnya.

Pemimpin Umno Ganggu Pentadbiran TanahOleh itu, beliau meminta pihak Pejabat Tanah Dan Galian serta Suruhanjaya Pencegahan Rauah supaya menyiasat kejadian tersebut.

Katanya, sehingga kini, berarus-ratus buah rumah telah didirikan di kawasan tersebut masih tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Bahkan kata beliau, banyak tanah-tanah tersebut yang telah diduduki bukan oleh yang berhak, yang sepatutnya tanah negeri ni diberikan kepada anak negeri Terengganu.

“saya mendapat aduan…….ada ramai yang buat rumah dan duduk kawasan itu bukan rakyat Terengganu dan juga bukan asal rakyat Malaysia,

“mereka datang dari luar negeri dan ada yang berstatus pelarian solah-olah sengaja dibawa untuk tujuan tertentu,” jelasnya.

Pemimpin Umno Ganggu Pentadbiran TanahJuteru itu, beliau memohon penjelasan dari Menteri Besar (MB) Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tentang janji untuk memberi tanah tempat tinggal yang digembar-gemburkan minggu lalu.

Soal beliau, adakah tanah-tanah di Kampung Paya terbabit termasuk dalam bilang sejumlah 5900 lot yang diperkatakan.

“saya juga ingin mendapat penjelasan dari MB…..tanah mana yang katanya ditawarkan oleh MB sebanyak 5900 lot itu?

“adakah ia termasuk tanah di Kampung Paya atau tanah-tanah lain…….dan kalau boleh minta MB senaraikan jumlah dan tempat di mana di daerah Dungun supaya memudahkan rakyat untuk memohon,” kata beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan