Oleh : Naraza Muda
Perkembangan terbaharu SPRM meneruskan siasatan Felda & FGV membantu memulihkan kepercayaan warga Felda terhadap konglomerat Perladangan negara.
Namun begitu, janganlah siasatan ini hanya untuk mengabui mata dan memulih imej warga Felda dan rakyat Malaysia terhadap keyakinan terhadap Felda selepas rosak teruk di zaman Tan Sri Isa Samad 2011- 2016
Warga Felda pula tidak perlu cepat melupakan kerosakan 6 tahun itu. Yang baik kepada peneroka kita terima dengan baik, tetapi yang merugikan peneroka dan negara kita perlu perbetulkan dan jangan biarkan ianya menjadi besar dan gagal dipulihkan.
Desakan dan kempen hilang kepercayaan terhadap Isa selama ini terbukti setelah apa yang berlaku. Namun kerosakan yang dibuat memerlukan pemulihan yang terlalu mahal untuk dipulihkan secara menyeluruh yang melibatkan skandal berbilion ringgit.
Siasatan juga janganlah dijadikan ‘Baja’ memulihkan sokongan rakyat khasnya warga felda terhadap kerajaan menjelang berakhirnya penggal pemerintahan Barisan Nasional selepas PRU13.
Peneroka Felda sendiri terkesan secara langsung dengan tindakan tranformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini. Walaupun habuan awal 15 ribu disogok kepada peneroka , peneroka sebenarnya hilang atau rugi lebih besar dari itu.
Penyingkiran koperasi mereka, KPF dari Felda adalah kemusnahan yang utama. Penyerahan ladang milik Felda kepada FGV seluas 360 ribu Hektar juga kehilangan besar kepada pembangunan peneroka itu sendiri.
Penggunaan dana Felda untuk pelaburan hartanah diluar negara, pembelian hotel dan berbagai lagi projek diatas nama tranformasi akhirnya menyasikan Felda jauh tersasar dari kecemerlangan yg dibanggakan sebelum ini.
***Naraza Muda ialah Pegawai Seranta Felda Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.




























