Sokong PAS Untuk Kembalikan Kebajikan Rakyat

1905

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Rakyat Terengganu diseru agar terus menyokong perjuangan dan mengundi PAS untuk mengembalikan semula kebajikan kepada rakyat.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Nerus, M. Shukrimun Samsuddin berkata, PAS berjuang untuk mengembalikan semula amanah untuk kita buat atas muka bumi ini kepada orang yang lebih layak.

“Kita lihat pada hari ini banyak benda sangatlah (berlaku) sekarang orang kata ‘koho lok koho punoh’(makin biar makin rosak), walaupun sedikit (kerosakan) koho lok koho punoh sikit … sikit …,

“kita ingat bila timbul pentadbiran baru maka rakyat negeri terengganu ini akan rasalah kebajikan negeri tapi tidak … ia (kerajaan) lebih utamakan jugak dari segi ekonomi (dan) projek-projek yang tidak boleh menguntungkan rakyat jelata, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri PAS Dun Seberang Takir, yang diadakan di perkarangan Masjid Kampung Batin, semalam, disini.

Menurutnya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional lebih mengutamaan projek-projek besar sahaja.

“Buat ‘drawbrigde’ pertama sekali mahal … yang kedua untung pula … kalau boleh (nak) nama drawbrigde yang pertama di Asia Tenggara,

“Nama tu nak ‘apende’? (buat apa)… Apende kebajikan yang boleh menguntungkan rakyat?… Apende kebajikan yang boleh pada rakyat Terengganu? … .Apende kebajikan boleh (ke) rakyat Terengganu? … Dok buleh! (tak boleh), soal beliau.

Katanya lagi, maknanya nak ‘royak’ (bagitau) dari (semua) projek-projek kerajaan tidak mengutamakan rakyat.

”Utamakan hok rakyat dulu. Kita (PAS) tidak menolak pembangunan … Kita tidak anti pembangunan … bila-bila masa buatlah pembangunannya tapi hak rakyat perlu, selesai hak penting dulu,

“Padahal rakyat ni banyak mana sangat keperluan dia. Rakyat tak pakai banyak. Rumah nak pakai sebuah sorang je … Tanah nak sebidang sorang …,

“Beri hak tu dulu … Selesai dulu barulah fikir (bina) bangunan besar-besar tapi tidak”, jelasnya.

Tambah beliau lagi, oleh kerana seluruh fikrah pemimpin Umno dan Barisan Nasional pada hari ini hanya memikirkan kepentingan peribadi lebih dari kepentingan rakyat.

‘\

“(sekarang ni) oleh kerana semua melihat dan mengharapkan (PAS), (Umno) koho lok koho punoh ni … rasa nak ubah doh barangkali … rasa nak ubah ni lama dah cuma duk mikir kan ‘koho berat rok ke dok’ ?(makin berat mampu ke tak). Rok ke dop boleh ke dok? Lening dok leh doh kena tukar sungguh doh!,

“Napok koho punoh sungguh doh dan PAS insya Allah akan bersedia untuk mengambil alih kerajaan negeri (Terengganu), mengembalikan nombor satu sekali bila kita perintah kekgi (kelak) kita bincang apa benda hak rakyat perlu. Kita akan war- warkan dalam manifesto kita yang kita bentangkan itu kita buat dulu,

“Hok kita war- warkan dalam manifesto bab air, bab api kita buat dulu hak rakyat dulu kemudian barulah mikir hal kita. Kita mengharapkan sokongan ini di teruskan sehinggalah berlakunya pilihanraya insya Allah”, jelasnya.

Turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak,  Bendahari Muslimat PAS Malaysia, Dr. Che Faridah dan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Jefri Chua