Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) dengan jentera dan petugas parti yang komited, ‘Mujahidah Istiqamah’ telah bersiap sedia hadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, semua anggotanya yang berada di seluruh cawangan dalam negeri Terengganu, sudah pun bersiap siaga menunggu ‘panggilan jihad’.
“program ini (Mujahidah Istiqamah) dimulakan dari awal lagi selepas saja PRU ke 13 dengan usrah, majlis bacaan yasin, ceramah-ceramah, khidmat dan cakna masyarakat dan sebagainya yang berterusan,


Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas tentang persiapan muslimat PAS untuk menghadapi PRU14 nanti.
Menurutnya, jentera Jabatan Pilihan Raya (JPR) Muslimat telah di lancarkan pada tahun lepas dan diikuti oleh Dewan Muslimat Kawasan seluruh negeri Terengganu.


“Nusaibah dan Briged bagi meraih sokongan pengundi-pengundi muda sekitar berumur 21 hingga 40 tahun yang mewakili lebih daripada 53% undi dalam PRU 14 nanti sekaligus,” ujarnya.
Tambah beliau, Pelancaran tenaga muslimat muda negeri Terengganu melalui perhimpunan HAMRA 1.0 telah pun dilaksanakan bulan Februari yang lepas dan akan diikuti Perhimpunan HAMRA lapan kawasan.
Justeru itu katanya, Ameerah Care memainkan peranan utama melalui medium media baru untuk mendekati anak-anak muda di samping memberi kefahaman dan kesedaran tentang Islam yang menyeluruh.


Beliau berkata, Ahli Jawatankuasa DMPNT sendiri (akan) turun bertemu muslimat muda di kawasan dan DUN.
“Kami juga memperkasa dan mengaktifkan NGO muslimat dengan berusaha mengadakan ‘engagement’ dengan NGO wanita khusus bagi menerang, menyebar, memahamkan dan mendepani isu-isu rakyat,
“DMPNT juga telah bersiap sedia dengan calon-calon muslimat utk PRU ke 14,” kata beliau lagi.





























