Ribuan Pengunjung ‘Serbu’ Majlis Raya PAS Telemong

3765

Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Lebih 1000 orang pengunjung menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri,
disifatkan sebagai sambutan paling meriah yang menjanjikan perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, kehadiran terutamanya di kalangan anak-anak muda adalah sesuatu yang diluar telahan.

“ledakan hadirin dari segenap penjuru masyarakat khususnya anak muda sangat memberangsangkan dan diluar apa yang kita jangkakan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui sebaik usai program tersebut yang diadakan di Dataran Al-Qamar Pusat Tarbiyah Al-Muhsinin, Kampung Tengkawang, di sini semalam.

Oleh itu, beliau memohon kemaafan sekiranya ada yang ‘kurang’ serta tidak dapat memenuhi hajat disepanjang majlis itu berlangsung.

“Walau bagaimana pun kami pohon maaf diatas kecacatan dan kekurangan yang mungkin berlaku disepanjang majlis ini berlangsung,

“terima kasih kepada petugas, tetamu dan hadirin yang menjayakan dan memberi sokongan kepada majlis ini, semoga ukhuwwah yang dijalin diantara kita berkekalan,” jelas beliau.

Menurutnya, para tetamu mula membanjiri Dataran seawal jam 8.30 malam, untuk merayakan Aidilfitri bersama pemimpin PAS setempat pada majlis yang dijadual bermula dari jam 9.00 malam.

Majlis berlangsung sehingga jam 12.00 tengah malam Jumaat 30 Jun.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Pahang YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Muhyidin Abd Rashid dan Ustaz Hamdi Harun mewakili Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu.