Oleh : DMS
SETIU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit yang dipilih sebagai tuan rumah Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.7) bagi giliran Kawasan Setiu, telah bersedia untuk menerima kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh pelusuk negeri.
Penganjuran HARAP kali ini dilihat sebagai memenuhi harapan semua masyarakat untuk melihat kemenangan PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, khususnya kepada DUN Batu Rakit.
Naib Yang Di Pertua PAS (NYDP) Setiu, Ustaz Mohamad Nazari Alias berkata, himpunan ini amat penting kepada semua rakyat negeri ini untuk hadir bagi mengetahui perkembangan isu-isu semasa
“pelbagai lagi isu yang menghimpit rakyat sebagai rujukan dan fakta tambahan kepada mereka yang hadir di saat PRU yang semakin hampir,” ujarnya.


“program HARAP 3.7 di jadualkan akan berlangsung pada 27,27 dan 29hb Julai nanti di Kampung Pengkalan Atap,
“alhamdulillah, pagi ini dilancarkan gotong royong perdana di tapak program dan ianya akan di teruskan setiap hari sehingga ke hari program dengan pembahagian tugas membabitkan semua petugas parti di seluruh kawasan Setiu,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak HARAP 3.7 di Jalan Merang, Kampung Pengkalan Atap, dekat sini pada Jumaat 30 Jun.
Sehubungan itu, beliau bersyukur dengan kehadiran ramai, para petugas pada gotong royong tersebut.
“dengan sambutan ahli dan penyokong PAS serta masyarakat setempat pada gotong gotong……..ia telah menjadi satu tanda aras,
“bahawa penganjuran HARAP 3.7 kali ini telah bersedia untuk menerima kunjungan dari para pengunjung yang akan hadir,” tegasnya.


“ia juga membuktikan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini bahawa PAS bersedia untuk menerima mandat rakyat dan memerintah,
“selepas PRU ke-14 nanti dan Batu Rakit akan menyumbang satu kerusi untuk merealisasikanya,” kata beliau, yakin.






























