Oleh : Khairul Nizam Abdullah
BESUT – Rakyat digesa bangkit menolak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU14 akan datang sebagai tanda protes terhadap kegagalan kerajaan memberikan jaminan keselamatan kepada rakyat.
Yang Di Pertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, PAS sangat bimbang terhadap beberapa kejadian jenayah termasuk kes tetak yang berlaku di daerah Besut terutamanya mutakhir ini.
“Kami (PAS) khuatir beberapa insiden yang berlaku ini bermotifkan dendam dan berunsurkan jenayah berkumpulan,


Beliau berkata demikian ketika ditemui seusai menunaikan solat sunat Aidilfitri di Markas Tarbiyah Daru-il Ridzuan, Kampung Baharu, Kuala Besut, disini.
“Peningkatan jenayah yang berlaku menunjukkan kerajaan gagal menjaga keselamatan rakyat,
“Kerajaan perlu segera mencari formula bagaimana menangani kemelut ini secara yang lebih praktikal”, gesa Ustaz Wan Azhar.


Justeru katanya, pihak kerajaan terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu bertindak lebih proaktif bagi memulihkan kembali perasaan tidak selamat yang mula membelenggu perasaan di kalangan penduduk tempatan.
“Saya yakin negeri ini akan lebih selamat jika sekiranya kerajaan kembali kepada keindahan syariat Islam dalam mendidik dan membendung gejala yang sangat menakutkan ini”, tegas beliau.





























