Rasuah Berpunca Dari Rumah

1189

KUALA NERUS – Masalah rasuah dan penyelewengan yang yang berlaku dan berleluasa, adalah berpunca daripada kegagalan individu terbabit menguruskan keperluan rumahtangga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abd Karim menggesa agar para isteri berupaya membantu suami untuk mencukupkan keperluan keluarga dengan sifat takwa, yang diraih dari sebulan berpuasa.

“gejala rasuah dia mari (masalah) itu dari rumah……..sebab itu nabi (Muhammad) SAW berkata sesiapa yang dikurniakan Allah rezeki isteri yang solehah, sesungguhnya Allah ia telah membantu dia separuh daripada agama,

“bertakwalah kepada Allah ………sesungguhnya takwa itu membawa kepada kejayaan,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah selepas solat subuh di masjid Jamek Tok Jiring, dekat sini pada Jumaat 23 Jun.

Beliau turut kesal kerana menurutnya, gejala rasuah sudah merebak dan membarah dalam pelbagai tingkat tingkat pekerjaan dan pelbagai jawatan, sebagaimana pebdedahan yang dibuat oleh media massa.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang-orang berpuasa di bulan Ramadan terus menjaga pandangan dan tutur kata, di bulan Syawal terutamanya.

“ada yang pergi ziarah rumah orang pada hari raya………kemudian dia berkata langsir rumah ni yang lama juga…….(tak bertukar),

“tuan rumah beritahu suami dia, apa orang kata tentang rumah mereka, dan boleh jadi perbalahan, oleh kerana kita tidak jaga pandangan dan kata-kata kita,”kata beliau memberi contoh.