AS cuba papar Osama tidak bermaya

1201
http://buletinonline.net/images/stories/berita47/Osama_video_grab.jpg

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/05/Osama_video_grab.jpgAmerika Syarikat dilihat cuba mengurangkan mistik di sebalik kehidupan Osama bin Laden dengan menyiarkan video menunjukkan pemimpin itu kelihatan tua, biasa dan tidak bermaya.

Dalam rakaman paling luar biasa lima video yang dirampas daripada rumah persembunyian ketua kumpulan Al-Qaeda itu, yang disiarkan kepada umum kelmarin, Osama kelihatan duduk memakai selimut coklat dan topi musim sejuk. Dia melihat rakaman berita televisyen mengenai dirinya sambil tangan kanannya memegang alat kawalan jauh.

Janggut Osama kelihatan kelabu dan dia lebih tua daripada usianya.

Dia duduk dalam biliknya, bermain-main janggutnya dan bersandar sambil menonton televisyen.

Al-Qaeda sentiasa menonjolkan imej Osama, 54 tahun, sebagai seorang yang tidak takut mati dan wira yang berkuasa.

Namun, pemimpin kumpulan itu kelihatan dalam video berkenaan seperti orang biasa sambil menonton dirinya di siaran berita.

‘Saya rasa jelas apa yang mereka cuba lakukan ialah mengurangkan misteri ikon orang yang mengganas di seluruh dunia sejak 10 tahun lalu, bagi menunjukkan fakta bahawa dia tidaklah terlalu agung,’ kata Encik Mark Kimmit, seorang brigedier-jeneral bersara tentera Amerika. — Agensi.