Oleh : ZSH
DUNGUN – Setelah setahun kegelisahan penduduk Kampung Pasir Raja dan Kampung Syukor menjadi keyataan apabila jalan utama yang menghubungkan kampung mereka dengan Bandar Dungun terputus di Kampung Belimbing akibat tanah runtuh.
Runtuhan tersebut telah dikesan semasa musin banjir tahun 2014, namun pihak berkuasa hanya meletakkan papan tanda sahaja.
Ahad lepas, hujan yang berterusan telah mengakibatkan runtuhan tersebut bertambah serius dan jalanraya tersebut terpaksa ditutup.
Pengarah Majlis Tindakan Dun Bukit Besi, Hj Ghazali Sulaiman semalam telah ke tempat kejadian bagi mendapat gambaran sebenar.
“Runtuhan yang besar menyebab penduduk Kampung Pasir Raja dan Syukor terpaksa mengguna jalan sementara di Kampung Belimbing untuk Ke Kampung Jongok Batu, Bandar AMBS dan Bandar Dungun,” jelas beliau.
“Yang menjadi persoalan, runtuhan ini telah dikesan sejak tahun 2014 selepas banjir. Namun kenapa pihak berwajid tidak mengambil langkah segera membaikpulih kerosakan tersebut?”
“Jika dilihat pada papan tanda yang telah pasang, kerja-kerja permulaan hanya dimulakan pada bulan Januari 2017 dan berakhir pada Ogos 2017. Sudahlah ianya lewat kerja baikpulih ini buka sebutharganya, kontaktor yang berjaya memperolehi kerja tersebut pun lewat hampir enam bulan untuk masuk ke tapak kerja.” Tambah beliau lagi.
“Hari ini (semalam) telah ada jentera yang memulakan kerja membersih tanah runtuh, namun sikap seperti ‘bila terhantuk baru mengadah’ telah menyusahkan para penduduk.”
Untuk rekod ketika tahun 2015, terdapat 6 runtuhan tanah yang berlaku disepanjang jalan utama yang menghubungkan Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor dengan dunia luar.
Ianya telah dilapor oleh Buletin Online http://buletinonline.net/v7/index.php/hentikan-karenah-birokrasi-baiki-jalan-segera/










