Kerajaan Dan PAS Selangor Tetap Utuh Dan Teguh

2473

SETIU – Selangor tetap utuh dan PAS tetap teguh dinegeri itu menghormati mandat rakyat, bersama-sama kepimpinan negeri yang telah dilantik selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

Nabi Presiden, Datuk Ir. Iskandar Abdul Samad berkata, PAS Pusat mengekalkan kedudukan ’status quo’ semua, ketiga-tiga Pengerusi Jawatankuasa Neger Selangor (Exco) yang telah dilantik.

“PAS Pusat telah menetap bahawa Exco tetap dalam kerajaan (Selangor), sebab kenapa kita henadk erada dalam kerajaan, bukan sebab jawatan,

“tetapi adalah kerana kita mahu kestabilan negeri Selangor ini terjamin dan kita melihat kita perlu menjaga kepentingan rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Makan Malam Dana PRU14 Anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi , di sini semalam 24 Mei.

Hadir sama dalam Majlis itu ialah Ahli Jawtankuasa Kerja PAS Pusat Dr. Azman Ibrahim yang juga Pengerusi MTD Jabi dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor itu berkata, beliau tahu ada pihak yang mahu PAS keluar dari kerajaan.

“mereka mahu kita keluar sebab mereka mahu ambil tempat kita! Saya nak menegaskan disini, kita telah diberi mandat oleh rakyat negeri Selangor untuk tiga parti (memerintah),

“jadi tiga parti inilah yang mentadbir negeri Selangor…..bukan parti-parti lain, atau parti yang baharu ditubuhkan selepas 2013,” tegasnya.

Oleh itu, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, PAS bertegas demi menghormati mandat daripada rakyat.

“amanah yang diletakkan kepada kami itu tidak harus dikhianati,” tegas beliau.

Justeru itu, PAS akan terus memberikan khidmatnya termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jawatankuasa-jawatankuasa penduduk di seluruh negeri Selangor.

Katanya, keputusan yang diambil oleh PAS Pusat adalah keputusan yang terbaik, kerana sekiranya PAS keluar dari kerajaan akan terdapat ‘lompang’ sebanyak 5,500 orang jentera pentadbiran negeri.

“sudah tentu akan berlaku keadaan ‘huru hara’ (dalam pentadbiran kerajaan) jadi bermakna keputusan (PAS Pusat) mengekalkan ‘status quo’ adalah yang terbaik.

Menurut beliau, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga telah memutuskan keputusan yang serupa selepas mesyuarat Biro Politik parti itu semalam.

Sehubungan itu, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Selangor hari ini bertitah, baginda telah berkenan terhadap hasrat Menteri Besar, mengekalkan tiga Exco PAS dalam Majli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, sehingga PRU akan datang.