Apa Pilihan Rakyat Terengganu?

1879

KUALA TERENGGANU – Apakah pilihan yang ada kepada rakyat Terengganu, menjelang pilihan raya kali ke-14, yang boleh dipanggil pada bila-bila masa sekarang?

Anak-anak sekolah di Jabi berjalan melalui jalan berdebu ketika musim panas ini dan bila hujan turun, kasut mereka bertukar warna, menjadi merah kerana ‘selut’.

Dr. Azman Ibrahim selaku Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi berkata, sehingga kini belum ada jawapan, ke mana peruntukkan RM30 juta yang dicurahkan oleh kerajaan negeri.

“sudah berkali saya lontarkan persoalan ini…….tapi tak ada jawapan dari pihak kerajaan yang kononnya bersih kalau mengikut slogan TTB,” ujarnya.

Beliau yang dihubungi melahirkan sekali lagi kebimbangan, kemungkinan wang tersebut digunakan untuk ‘memancing undi’.

Telahan beliau mungkin benar jika diperhatikan kepada perkembangan di DUN lain, apabila binaan misteri dibangunkan diatas tanah rezab jalan, di beberapa lokasi di Bukit Tunggal.

Menurut siasatan yang dilakukan, bangunan bersaiz kira-kira ’20 kali 20′ itu bernilai sebanyak RM20, 000 sebuah.

Maklumat dalaman Umno sendiri mengesahkan, dana pembiayaan bagi pembangunan binaan itu adalah dari sumber Pejabat Daerah.

Kalau dari situ, itu bermakna ia paling hampir kepada dana itu dari ‘kepala pembangunan’ dalam perbelanjaan Pejabat Daerah.

Secara tepatnya, ia mungkin sekali dari peruntukkan dana wakil rakyat.

Persoalannya, adalau, macamana wang kerajaan digunakan untuk bangunan yang tidak sah?

Sudah menjadi ‘rahsia umum’ kata beliau, bangunan itu adalah untuk kegunaan Umno sebagai ‘pejabat’ bagi kerja-kerja pilihan raya.

Maka, tegas beliau, tidak ada pilihan kepada rakyat, pada PRU14 ini, mestilah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebagaimana ‘gelojohnya’ wakil rakyat Kuala Berang mahu mendirikan mendirikan hotel dan premis perniagaan dengan melanggar peraturan, begitulah perangai Umno, di mana jua pun.

Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dipertanggung jawabkan dalam hal pembangunan sesuatu daerah, tidak pernah meluluskan pembinaan itu.

Pada saat hampir PRU13, beberapa bangunan sebagaimana didirkan dalam DUN Bukit Tunggal, pernah dibina dalam kawasan DUN Manir.

Itulah cara menghabiskan wang rakyat dan disalurkan kepada Umno cawangan ata setidaknya kepada ‘kepala-kepala’ Umno setempat.

Wang hasil royalti minyak dan hasil cukai rakyat Terengganu, akhirnya tidak mengalir kepada yang ‘hak’.