Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HRAP-PGU) 3.6 yang diadakan di Kuala Berang melabuhkan tirainya semalam, turut menyedia ruang yang menjana ekonomi rakyat.
Ia adalah kerana, pada setiap kali PAS mengadakan program ‘besar’, pasti akan mengundang ramai peniaga yang mengambil peluang menjual barangan masing-masing.
Salah seorang peniaga yang ditemui, Azroy Azizi Bin Ismail, 24, yang menjual barangan wanita seperti ‘handsock’, tudung kanak-kanak dan dewasa melahirkan rasa gembira atas sambutan orang ramai terhadap jualannya.


“Saya sangat bersetuju PAS mengadakan program seumpama ini kerana secara tidak langsung dapat membuka peluang perniagaan kepada masyarakat dan saya berharap PAS perbanyakkan lagi program-program seumpama ini di masa aka datang”, ujarnya gembira.
Seorang lagi peniaga ialah penjual kereta, Alif Mohd Daud, 38, yang membuka gerai pameran keretanya ketika di temui di sini berkata jualan keretanya di program HARAP cukup memberangsangkan berbandingan dengan jualan di program Umno.
“Kereta yang paling mendapat sambutan di sini Nissan Navara Single Cab.Ramai pengunjung yang datang ke gerai bertanyakan tentang model kereta ini,


Menurutnya lagi, program yang di anjurkan oleh PAS cukup mendapat sambutan baik oleh masyarakat berbanding program yang dianjurkan oleh Umno.
“Berbeza dengan PAS, Umno mengerah orang ramai dengan membayar sejumlah wang bagi meramaikan pengunjung di sesuatu program,
“Bila nak suruh mari dia panggil artis. macam pas ni duit sendiri…..sumbangan sendiri….sambutan pun meriah. Saya berharap PAS perbanyakkan program seumpama ini di masa akan datang” , katanya.




























