Masa Untuk Bekerja Keras

1728

KUALA TERENGGANU – Sekarang adalah masa untuk ahli dan penyokong PAS bekerja keras, setelah berakhirnya Muktamar dan pelantikan kepimpinan negeri yang baharu.

Penolong Setiausaha 1, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, semua peringkat dalam PAS Terengganu perlu kurangkan berpolimik, dan fokus kepada usaha untuk ‘kembali ke Wisma Darul Iman’.

“Saya minta semua pihak (dalam PAS) kurangkan bercakap…….sekarang masa untuk bekerja bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-14,

“merealisasikan ‘Harapan Semua’ rakyat Terengganu kepada PAS, untuk menjadi kerajaan yang lebih baik dari Umno dan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hai Guru Peringkat PAS Kuala Terengganu semalam, 16 Mei.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan negeri yang memberi kepercayaan kepadanya, yang diberi amanah sebagai Penolong Setiausaha.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu itu juga mengarahkan semua jentera PAS di kawasan tersebut untuk meningkatkan perkhidmatan kepada warga bandaraya yang telah mengundi PAS pada pilihan raya umum lalu.

“kita sudah melancarkan semua jentera di peringkat kawasan, kita juga menyampaikan perkhidmatan kita pada setiap hari melalui pejabat Parlimen PAS Kuala Terengganu,

“setiap minggu kita kita turun ke setiap kawasan Dewan Undangan Negeri bagi bersama-sama melaksanakan amanah PRU13,” jelasnya.

Beliau turut memberi peringatan kepada semua agar tidak melayan sebarang cubaan daripada mereka yang cuba untuk merosakkan perpaduan dalam PAS.

Katanya, bekas-bekas ahli PAS termasuk Ahli Parlimen yang sudah ‘melompat’ bukan lagi anggota ‘jamaah’.

Justeru itu, beliau yakin PAS Kuala Terengganu dapat mengekalkan kemenangan ‘5 – 0’ sebagaimana yang telah dicapai pada PRU13.

“in shaa Allah…….dengan usaha kita yang bersungguh-sungguh dan kemudia kita meletakkan keyakinan kepada janji Allah,

“PAS akan dapat mengekalkan prestasi sebagaimana PRU yang lalu,”tambah beliau.