Oleh : Salwanaa Ghani
KUALA NERUS – Hutang negara semakin bertambah, sehingga kini berjumlah lebih RM682 billion dan semakin meningkat, menunjukkan Umno dan Barisan Nasional sudah tidak mempu untuk mengurus tadbir negara ini.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat Ahmad Amzad Hashim berkata, rakyat kini menanggung kadar faedah atau ‘riba’ yang perlu dibayar sebanyak RM25 billion setahun.
“Kerajaan berhutang…….kerajaan kena bayar pada pemiutang tapi tak ada faedah kepada rakyat, sebab (itu) saya (kita) kata kena bayar 25 ribu juta ni (riba),” jelas beliau.
Menurut beliau, setiap rakyat negara ini akan menjadi penangggung hutang sebaik sahaja lahir ke tanah air Malaysia ini


Katanya, keadaan ekonomi negara bertambah teruk apabila nilai mata wang menyusut dan iklim perniagaan negara semakin menjadi tidak baik.
Beliau berkata, para peniaga turut terjejas apabila kerajaan melaksanakan GST menyebabkan kuasa beli rakyat semakin hilang.
“pendapatan yang ada merosot banyak disebabkan harga barang yang meningkat………matawang jatuh,


“sebab kerajaan kata tak cukup duit dan perlu menambah pendapatan,” katanya.
Sedangkan kata beliau, pendapatan kerajaan yang tidak mencukupi itu adalah kerana perbelanjaan melebihi pendapatan, akibat membelanjakan wang rakyat secara bermewah-mewah.
Justeru katanya, semua perkhidmatan kerajaan kini tidak lagi percuma termasuk pendidikan dan kesihatan, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kepada kerajaan.




























