KUALA TERENGGANU – PAS Terenganu mengambil usaha menubuhkan sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan semua sekolah berkenaan kepada kerajaan persekutuan.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, semua institusi pendidikan menengah Islam milik kerajaan negeri telah di serahkan kepada kementerian semasa Dato’ Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar
“Kita mengambil tugas ini apabila dilihat……….Terengganu dilihat antara negeri yang tidak mempunyai sekolah agama yang beraliran berbahasa arab apabila,
“semua sekolah-sekolah arab yang dimiliki oleh kerajaan negeri telah pun diserahkan oleh Umno Barisan Nasional semasa pemerintahan ataupun semasa Datuk Idris Jusoh menjadi Menteri Besar, diserahkan kepada kerajaan pusat, diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Negara.” jelasnya.
BelIau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Pendidikan, Dewan Ulama pada Jumaat 12 Mei, di sebuah hotel di sini.
Oleh Itu, beliau kesal kerana kerajaan negeri sudah tidak ada lagi tanggungjawab sosial, bagi mendidik anak-anak negeri ini, dengan Pendidikan Islam sebagaimana sepatutnya.


“(tapi) kesemuanya dilepaskan kepada orang lain iaitu dilepaskan kepada kementerian,” ujar beliau.
Oleh itu beliau berkata, Majlis Makan Malam itu adalah untuk mengutip dana bagi menjaga kebajikan para guru dan kakitangan sekolah-sekolah yang diletakkan dibawah kelolaan Dewan Ulama.
“Dana ini, semata-mata untuk memberi penghargaan kepada sahabat-sahabat dan juga anak-anak kita yang rela berkorban demi semata-mata,
“menghidupkan sistem didikan dan pelajaran yang dilaksanakan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS),” tegasnya.
Katanya, tindakan PAS menyemarakkan pendidikan Islam telah mendapat sokongan baik dari masyarakat, yang begitu berminat untuk menghantarkan anak ke sekolah-sekolah tersebut.
Justeru beliau menyeru, orang ramai yang prihatin agar dapat bersama-sama menyumbang bagi memastikan kelangsungan Pendidikan Islam dengan pengantar Bahasa Arab yang menjadi Bahasa al-Quran.



























