Gelombang Akifi; Muslimat Turun Ke Seluruh Pelusuk Kampung

2232

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT muktamar kita pada kali ini akan sampai kepada penghujung. Hari ini adalah merupakan hari terakhir kita bersama-sama dalam Muktamar PAS Pusat ini.Alhamdulillah.

Tahniah kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DPMM) kepada Dato’ Sri Presiden (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) beserta dengan seluruh saf kepimpinan yang telah dan yang akan diumumkan perlantikan baru,alhamdulillah.

Mudah-mudahan saf kepimpinan baru akan dapat berkhidmat dengan lebih mantap dan diredhai oleh Allah SWT, Insyaa Allah.

Bagi kami Muktamar DMPM alhamdulillah telah berlalu berlangsung dengan penuh tenang setelah beberapa sessi berjalan agak panas tapi kali ini alhamdulillah penuh ketenangan dan cepat habis dari apa yang dijangkakan.

Kalau ikutkan Dato’ Setiusaha Agung mengizinkan kami menggunakan dewan yang indah ini daripada pagi Khamis sehinggalah ke tengahari Jumaat, alhamdulillah. Muktamar kita selesai waktu maghrib hari Khamis jadi tak sampailah waktu Isya’ alhamdulillah selesai. Dan kami juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh kepimpinan PUSAT dan juga Negeri Kedah khususnya yang mengizinkan untuk kami melangsungkan di dewan yang indah ini.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya di antara dosa itu tidak dapat dihapuskan dengan puasa dan solat “. Lalu sahabat bertanya “Apakah yang dapat menghapuskan dosa-dosa tersebut ?. Lalu Baginda Rasulullah SAW menjawab ” ialah menerusi tangan dalam mencari nafkah ” Hadits ini adalah diriwayat oleh Imam Al- Bukhari.

Dengan Sabda Baginda Rasulullah SAW ini kami daripada pihak DMPM mengucapkan ‘ Selamat Menyambut Hari Pekerja ‘ kepada semua tuan puan yang menjadi pekerja sama ada di dakam dewan ini dan di luar sana khususnya pada rakyat Malaysia, Insyaa Allah. Mudah-mudahan kerja kita khususnya dalam mencari nafkah ini mendapat redha dan kasih Allah SWT.

Tuan, Puan yang dikasihi sedikit lagi tentang Muktamar DMPM saya meminta banyak-banyak maaf kepada saf yang berhormat Negeri Selangor kerana jika Tuan Puan memiliki buku cenderamata tersebut ada sedikit kesilapan dan saya telah diberitahu oleh YB Ustaz Sollehin, terima kasih ustaz. Iaitu dalam saf kepimpinan Negeri Selangor ada tertinggal seorang. Nama tiada gambar pun tiada

Alhamdulillah dia pun tiada dalam dewan ni tidak hadir iaitu Khairuddin Othman orang kuat SU badan Peehubungan.Minta maaf banyak – banyak tertinggal ni.

Alhamdulillah muktamar kami pada 27 hb 4 yang lalu telah pun menerima tetamu- tetamu VIP yang sangat memberangsangka. Terima kasih kerana ramai yang telah pun memenuhi jemputan kita termasuklah Tan Sri Khalid Ibrahim.Cuma kali ini Tan Sri Panglima Abdul Kadir Syeikh Fadhil dia tak datang muktamar kita, tak datang Muktamar Muslimat.

Satu lagi kegembiraan untuk kita kongsi dalam muktamar tersebut alhamdulillah, sstelah tiga kali derma jihad kita buat, derma jihad yang amat memberangsangkan daripada muslimat yang sangat bermurah hati kita lancar tiga kali derma jihad. Derma jihad yang pertama telah mengumpul Rm23,474,00 alhamdulillah. Manakala.kutipan ke dua untuk derma Rohingya mengmpulkan sebanyak RM 9, 913.10sen alhmdulillah.

Kita minta derma kali ke tiga untuk kes Sarawak Report kita juga mengumpulkan RM8, 761.25 sen. Jadi kita cukupkan kepada RM 10,000.00 jadi kita nak minta bekas Puan Bendahari (sebab bendahari belum dilantik lagi) dipersilakan untuk menghantar cek kepada Datuk Timbalan kita , RM 10,000.00 daripada DMPM daripada Puan Dr Che Faridah. Alhamdulillah mudah- mudaham khususnya muslimat PAS akan terus bermurah hati memberi lagi sumbangan kepada kes Sarawak Report, Insyaa Allah .

Dan sebelum itu minta maaf untuk diingatkan perwakilan muktamar ketika itu iaitu tentang ‘uniform’ muslimat ketika muktamar. Jadi nak.minta kepada perwakilan muslimat yang ada di sini tolong ingatkan supaya tiap kali muktamar pada tahun akan datang Insyaa Allah kita harap semua perwakiln supaya memakai uniform yang telah pun kita lancarkan 2010. Dan kita lihat ketika muslimat memakai warna yang sama dalam dewan.ketika itu kita mrnjemput wakil Palestine dan mereka memuji seragam dan mudahan untuk akan datang kita memakai sepenuhnya Insyaa Allah sebab ada yang memakai yang bukan uniform yang ditetapkan sepenuhnya.

Kemudian persoalan dari Kalabakan iaitu dia menyentuh di mana maklumat lambat sampai berkaitan pilihanraya daripada DMPM.

Jadi maaflah sebenarnya kami tak berapa nak faham dengan maklumat yang lambat sampai tersebut. Sepatutnya tidak berlaku demikian kerana kalau diikutkan di sini buku laporan pilihanraya muslimat sendiri kita telah pergi ke setiap negeri sebanyak tiga kali bertemu dengan pihak Jabatan Pilihanraya DMPN. Di samping itu kita telah panggil taklimat – taklimat kepada Pengarah Halwa di taklimat road map PAS itu sendiri. Di samping juga taklimat urusan unit urusan pengundi muda juga peringkat PUSAT telah juga berjumpa unit pengundi muda setiap negeri termaduk Negeri Sabah.

Di samping itu juga pihak DMPM telah dapat mengadakan setiap minggu iaitu program Gelombang Akifi yang kita pergi ke semua kawasan yang ditetapkan pihak negeri bermakna satu gelkmbang yang kita akan menghabiskan 14 kali sebab kita pergi semua negeri setiap minggu.

Alhamdulillah inilah satu-satunya program yang konsisten istiqomah sejak dua tahun tak pernah lupa. Saban minggu pimpinan muslimat akan pergi ke kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak negeri. Jadi dalam program tersebut juga sebenarnya ada jika apa-apa persoalan dari pihak- pihak yang ada persoalan dari pihak muslimat akar umbi bertanya pada pihak pimpinan sebenarnya kita bersedia, Insyaa Allah, kemudian kita mengadakan program yang kita pergi setiap negeri. Jadi kita tak pasti apa yang disentuh oleh pihak Kalabakan.

Kemudian saya ada ditanya oleh pihak wartawan kenapa Muktamar Muslimat agak sepi daripada membincangkan tentang isu putus hubungan dengan PKR.

Jadi saya maklumkan bahawa sebenarnya pihak kita DMPM telah membincangkan ini setahun yang lalu dan kami telah memutuskan usul tersebut menyerahkan hal ini.kepada pihak Majlis Syura’ Ulama’. Jadi kami dah setahun dah bincang baru ni ada dah lagi usul ni lagi kami tak perlu bincang jadi kita pun dah serahkan kepada Majlis Ulama’.
Dan akhirnya saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh perwakilan dari Negeri Sembilan agar kita semua menjaga prilaku kita sebagai jentera- jentera untuk perjuangan Islam ini. Kita jawablah apa yang perlu sahaja. Kita jaga perangai kita, tingkah laku kita terutama dalam media massa media sosial.

Kita perhatikan selalunya orang lelaki yang suka bergaduh dalam media sosial ini.Jadi benda- benda yang tak perlu cakap tak payah bercakap. Berkata benar atau baik diam sahaja. Dan hal akhlak ini dan Rasulullah SAW sendiri pun adalah diutuskan untuk membawa mesej menyempurnakan akhlak manusia. Mudah- mudahan Insyaa Allah sebagaimana yang dinyatakan oleh perwakilan Perlis untuk mencapai kejayaan kita perlu memulakan dari diri kita sendiri, Insyaa Allah kejayaan akan menjadi kenyataan.

Tahniah kepada pihak kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Amat Yang Berhormat Menteri Besar sebenarnya inilah satu negeri yang saban masa selalu disebut menjadi tauladan kepada kita. Mudah-mudahan negeri ini akan terus dipimpin oleh Parti Islam SeMalaysia PAS dan akan dapat menerajui kepimpinan yang ada telus untuk menjadi contoh tauladan serta model contoh kepada kepimpinan Islam, Insyaa Allah.

Sekian ucapan dari saya yang baik datang dari Allah yang salah silap kelemahan mohon maaf segala- galanya. Kita minta puan-puan semua untuk terus memberi panduan teguran yang baik untuk DMPM akan membantu perjuangan parti kita Insyaa Allah.

***Ucapan Penggulungan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Salleh, Muktamar ke-63, 1 hb Mei 2017, Dewan Kompleks PAS Kedah [Teks ditulis oleh ; Salwanaa Ghani]