40 Kerusi, PAS Buat Kajian, Bukan Omong Kosong

2210

Apabila PAS menyatakan bahawa PAS mahu menguasai 40 kerusi parlimen dan lima buah negeri, ianya bukan sekadar omong kosong yang hanya mahu menyedapkan hati ahli PAS.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, kajian-kajian dibuat oleh institut kajian PAS mempunyai lebih 100 senario yang kemudian dipecahkan lagi kepada beberapa senario bagi mendapatkan lagi rumusan terbaik bagi kajian itu.

“Kita buat dalm bentuk simulasi, 222 parlimen, kita buat analisis, termasuk Dun-Dun.

“Ahli-ahli politik bercakap tentang dua senario, tiga penjuru dan dua penjuru, pilihanraya tiga penjuru, atau dua penjuru,

“Kajian yang dibuat, simulasiyang dibuat oleh PPP dan juga institut Strategik PAS, kita ada seratus lebih senario, bukan dua, kita lihat beberapa kerusi dan kemudian kita ringkaskan kepada beberapa senario.

Kemudian, kita tidak mengambil remeh terhadap kajian pihak lain, Invoke dan sebagainya, kita ambil perhatian,” terang beliau.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Ucapan Dasar Presiden PAS pada hari kedua Muktamar ke-63 di Kompleks PAS Kedah, dalam menerangkan keyakinan PAS Pusat sebelum mengeluarkan hasil kajian terbabit.

Dr. Zuhdi turut menjelaskan banyak pusat-pusat penyelidikan yang dibangunkan untuk melakukan pungutan suara yang berpihak dan juga bebas seperti Merdeka Center, namun PAS tetap dengan caranya tersendiri.

Untuk manifesto pula, beliau mencadangkan dikeluarkan lebih awal untuk semua pimpinan dah ahli hadamkan sebelum PRU, untuk diterangkan kepada rakyat, bukannya selepas penamaan calon yang masanya sangat pendek.

Dalam isu Akta Kawal Selia Dana Politik pula, hanya PAS dan Ikatan, yang konsisten menyokong akta ini kerana PAS tidak mendapat dana besar-besaran daripada luar, tetapi menggunakan wang poket sendiri.

Tegas beliau lagi, akta inilah PAS percaya ia akan menghapuskan isu seperti 1MDB dan kronisma.