Oleh : MNA
Teringat kisah kira-kira 18 tahun dahulu ketika masih mengikuti rapat perkembangan semasa bolasepak dunia terutamanya liga–liga di dunia. Antara kenangan yang paling diingati ialah perlawanan dramatik diantara pasukan Bayern Munich menentang Manchester United (MU) di Nou Camp, Barcelona. Kemenangan yang diingati sebagai kemenangan terbaik MU kerana selain daripada kejuaraan Champions League itu, MU juga memenangi piala FA dan juara Liga Inggeris.
Dalam perlawanan itu permainan dikatakan agak lebih berpihak kepada Bayern Munich. Selepas jaringan daripada Basler, Bayern mendahului perlawanan sehingga minit ke 90. Ada pemain Bayern yang digantikan, ketika berjalan keluar beberapa minit sebelum perlawanan tamat, melambai-lambaikan tangannya kepada peminat Bayern, menandakan kemenangan seperti sudah berada di dalam tangan.
Bagaimana diceritakan, pengendali perlawanan sudahpun meletakkan riben Bayern Munich di piala kemenangan, flare dibakar oleh penyokong Bayern menandakan isyarat sambutan kegembiraan yang panjang pada malam itu. Tetapi MU sememangnya dibenci oleh kebanyakkan peminat bola ketika itu, melebarkan lagi kebencian itu setelah pada minit ke 91, iaitu dalam masa kecederaan, Teddy Sheringham yang masuk menggantikan Jesper Blomqvist, menjaringkan gol penyamaan setelah menyambung sepakan lemah Ryan Giggs.
Berselang dua minit, super-sub MU, Ole Gunnar Solskjaer yang baru masuk kira-kira 11 minit, memastikan penyokong Bayern terduduk diam, jurulatih Bayern, Ottmar Hitzfeld terpaku, keseluruhan pemain Bayern tergamam dengan jaringan itu dengan Solskjaer itu. Namun dengan masa kecederaan yang tinggal hanya beberapa saat sahaja, menghapuskan terus cita-cita Bayern untuk menyamakan kedudukan. Kebencian peminat bolasepak terhadap MU semakin menggunung, gah MU semakin meninggi ke langit dengan kekalahan Bayern itu. MU berada di dalam kelasnya mereka tersendiri. Tidak goyah dengan kebencian orang lain.


Kini, beliau telah mengotakan janjinya, ibarat menjaringkan gol penyamaan diminit terakhir permainan. Sesudah itu, saman oleh PAS ini sekaligus menjadi penanda aras kepada pengfitnah PAS iaitu, mereka mestilah juga menyaman Raja Petra (RP) yang menuduh mereka mendapat biaya jutaan RM daripada Datuk John Soh itu di London, kerana RP dikatakan melakukan fitnah itu di London. Tetapi jika dia tidak memulakan saman, hanya berkata ‘akan’ saman, maka saman Presiden PAS kepada Sarawak Report itu diibaratkan gol pertama, dan “di London” itu bagaikan gol kedua oleh Presiden PAS.
Maka akan teruslah pembenci-pembenci PAS akan meroyan dan menjadi gila kerana cubaan melakukan fitnah tidak menjadi, malahan, mungkin PAS akan mendapat tahu sumber mana yang diambil oleh Sarawak Report, disamping bakal mendapat laba daripada keuntungan saman ini.
Kekallah PAS dan Presidennya dicemburui oleh lawan. Maka semakin melonjak nilai PAS kerana cubaan menjatuhkan PAS adalah lebih tinggi dan lebih mahal harganya. Lebih tebal sakit hati mereka setelah PAS berjaya menjaringkan gol-gol kemenangan itu diminit-minit akhir. Mendiamkan mereka, melemahkan mereka, memeningkan mereka bagi memikirkan strategi kotor yang lain bagi menjatuhkan PAS. PAS, tetap gah dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri, jauh meninggalkan musuh-musuh bagaikan kisah MU tadi.
Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS. Bermesyuaratlah dengan aman, kita sedang mendahului dengan selesa lawan kita.
***MNA atau Mohd Nasir Abdullah adalah Aktivis Media, anggota Kumpulan Ankitivis Independan (KAMI) Terengganu, yang bermusafir saban purnama antara Al-Khor, Qatar dan Bkit Payong, Malaysia. Sekarang beliuau bermukim Simpang 4 Kangkung, Alor Star
2 Syaaban 1438/ 29 April 2017






























