Oleh : TSTA
DUNGUN – PAS menyeru masyarakat agar dapat membina kehidupan berkeluarga dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar sesama penduduk dan masyarakat kampung.
Ketua Penerangan PAS Dungun, YB Cikgu Alias Harun berharap orang kampung terutamanya mesti beramal dengan keluhuran Islam yang sebenar kerana tiada agama yang lebih tinggi selain daripada Islam.
“Saya suka menyeru kepada semua yang hadir agar kita peliharalah solat lima waktu yang menjadi asas kepada rukun Islam,


“Dalam usaha memertabatkan Islam di Malaysia ini PAS sebagai sebuah parti bukan sahaja parti politik malahan ia adalah sebuah badan dakwah yang sentiasa mengambil tanggunngjawab bagi memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan islam yang syumul,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menutup program Pertandingan Memancing di UPU Tok Kah yang diadakan sempena OPS HARAP 3.0 PRU14 dengan kerjasama Pemuda PAS DUN Rantau Abang dan Unit Peti Undi (UPU) Tok Kah, pada Sabtu 22 April.


Sehubungan itu, YB Cikgu Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rantau Abang menyeru semua pihak agar sentiasa membuat pertimbangan pahala dan dosa bagi menjaga nilai murni agama Islam itu sendiri.
Menurut Ustaz Abdullah Fahim Hussin, Ketua Pemuda PAS Dun Rantau Abang, acara memancing ikan darat ini adalah yang julung kali diadakan di sini dan ianya dapat menarik penyertaan yang menggalakkan terutama daripada penduduk tempatan.


Hadiah-hadiah pemenang cabutan bertuah dan juga pertandingan mengail ini telah disempurnakan oleh YB Cikgu Alias Harun.
Beliau berharap agar acara seumpama ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa demi perpaduan dan kemeriahan sesebuah kampung.




























