Dua Bersaudara Terselamat Kebakaran

1808

Oleh Khalid Abdullah

KEMAMAN – Dua bersaudara yang sedang lena tidur dan seorang lagi sedang mandi hampir terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar di Kampung Gong Chengal, Kemasik, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 10.15 pagi, tiga bersaudara tersebut sempat keluar menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi letupan kecil dan asap tebal mula menyelubungi setiap ruang rumah.

Pemilik rumah, Ismail Abdullah, 70, tiada di rumah semasa kejadian kerana sedang menikmati minum pagi di kedai makan berhampiran.

“Sebaik sahaja dimaklumkan oleh jiran, saya bergegas pulang dan melihat api sedang marak menjulang

“Lega bila melihat cucu, anak dan adik yang sedang tidur sebelum keluar tadi sudah berada di luar rumah dan sedang sibuk cuba memadam kebakaran” ujur Ismail.

Beliau berkata demikian ketia dikunjungi oelh Yang DiPertua PAS Kemaman Ustaz Alias Hamid selepas kejadian pada Jumaat 14 April.

Pegawai Bomba Dan Penyelamat Kertih, PBK II Maznan Said yang ditemui sebaik sahaja selesai menyelia operasi memadam kebakaran tersebut, mereka tiba sebaik sahaja mendapat panggilan pada pukul 10.18 pagi dengan kekuatan sebuah jentera dan empat anggota.

Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kayu tersebut dapat dikawal dalam masa lima minit dan segala punca dan anggaran kerugian akan dikenalpasti oleh Bahagian Forensik Kebakaran Bomba dan Penyelamat tersebut sebaik sahaja selesai siasatan dijalankan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Kemasik, Amri Mamat yang kebetulan sedang melakukan ziarah kebajikan di kampung berkenaan bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan dan turut serta menyampaikan sumbangan awal.