Tentera Korea Utara berikrar akan bertindak tanpa belas kasihan terhadap sebarang provokasi AS, kata agensi berita rasmi negara itu hari ini ketika ketegangan memuncak berikutan program nuklear haram Pyongyang.
Kenyataan KCNA yang menyebut mengenai serangan peluru berpandu Washington ke atas Syria baru-baru ini, berkata pentadbiran Presiden Donald Trump sudah “masuk ke fasa ancaman terbuka dan ugutan terhadap DPRK.”
Trump baru-baru ini mengancam untuk mengambil tindakan satu pihak terhadap Pyongyang jika Beijing gagal membantu membendung program senjata nuklear jirannya itu.
Sehubungan itu, seorang pegawai Korea Utara berkata negaranya bersedia untuk berperang jika Amerika Syarikat melakukan serangan berikutan penghantaran sekumpulan kapal pengangkut pesawat yang dihantar ke negara itu kerana spekulasi bahawa Pyongyang akan menjalankan ujian senjata nuklear keenam pada hari Sabtu.
Naib Menteri Luar Korea Han Song-ryol memberitahu Associated Press bahawa Korea Utara menukar strategi ketenteraan dua tahun lalu apabila laporan muncul AS-Korea Selatan enjalankan latihan ketenteraan.
“Kami sudah memiliki penghalang nuklear berkuasa di tangan kita, dan kami tidak sayang untuk menyimpan senjata itu dalam menghadapi AS untuk apa jua apa sahaja serangan
“Apa sahaja yang datang dari Amerika Syarikat, kita akan menghadapi ia. Kami cukup bersedia untuk menghadapinya.” ujarnya.
Beliau berikrar Korea Utara akan terus membina senjata nuklear dalam “kualiti dan kuantiti”.
Korea Utara sudah menjalankan satu siri pelancaran peluru berpandu dan ujian nuklear yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan wujud spekulasi ia sedang membuat persiapan untuk satu lagi ujian atom atau peluru berpandu.




























