Rafizi Sendiri Tak Pasti Apa Yang Beliau Kata

7357

Oleh : Dr Kamarul Zaman Yusoff,

Setelah membaca akuan berkanun Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli, yang sedang hangat diperkatakan sekarang, dua perkara segera terlintas dalam benak fikiran saya, iaitu:

(1) YB Rafizi Ramli sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti untuk mengaitkan PAS dengan apa yang beliau dakwa sebagai “bayaran kepada seorang mantan pimpinan PAS”, sebab itulah istilah yang beliau gunakan di dalam akuan berkanun beliau hanyalah “sekiranya”, iaitu “perkara ini ada unsur salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara sekiranya…”, di mana penggunaan istilah “sekiranya” ini adalah satu indikasi nyata bahawa beliau sendiri sebenarnya tidak pasti dengan apa yang beliau perkatakan itu.

(2) Tindakan YB Rafizi Ramli merujukkan PAS sebagai “parti pembangkang utama” di dalam akuan bersumpah beliau seharusnya memberi lonjakan semangat kepada pendokong PAS kerana ia, sama ada secara disedari atau tidak, adalah satu pengakuan dan pengiktirafan terbuka beliau ke atas pengaruh dan kekuatan PAS dalam arena politik negara berbanding parti-parti pembangkang lain, termasuklah parti beliau sendiri, iaitu PKR.

Nota: Mengikut Kamus Bahasa Melayu yang terdapat di dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah “utama” membawa maksud “yang terpenting”, “yang mustahak sekali” atau “yang pertama sekali”.

***Dr Kamarul Zaman Yusoff, ialah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia.