DUNGUN – Lajnah Kebajikan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang telah berjaya mengadakan program “Sekampit Beras, Seekor Ayam”, sebanyak tujuh (7) kali dengan memperuntukkan sebanyak RM 2500 setiap satu program.
Bendahari Kebajikan PAS Rantau Abang Saudara Che Wan Suhaimi Wan Omar berkata, bagi tujuan itu, anggaran sebanyak RM 30,000 sehingga RM 50,000 akan digunakan bagi keseluruhan program UPU dalam DUN Rantau Abang.
“PAS Rantau Abang telah memulakan program ini semenjak akhir tahun 2016 lagi dan kami telah pergi kepada 6 UPU daripada 12 UPU daripada keseluruhan yang ada.”
“Program hari ini merupakan UPU yang ketujuh (7) kami mengagihkan “sekampit beras, seekor ayam” bersama Pusat Khidmat Majlis Tindakan DUN Rantau Abang di sini iaitu Surau Hj Zakarian dalam UPU Pak Sabah”, tambahnya lagi ketika ditemui selepas program.
Program yang diadakan ini bertujuan bagi meringankan beban harian kepada golongan yang kurang berkemampuan yang dipilih oleh cawangan dalam UPU terlibat.
Ketua Unit Peti Undi Pak Sabah Haji Ibrahim Senik, memberitahu penerima sumbangan untuk UPU Pak Sabah ini terdiri daripada 50 orang dari Kampung Binjai, Kampung Che Lijah dan Kg Pak Sabah.
“Mereka yang dikenal pasti dalam program ini merupakan sasaran MOSWA dalam DUN Rantau Abang.”
“Mereka yang terpilih menerima sumbangan ini sebenarnya adalah antara mereka yang sentiasa mendapat perhatian PAS Cawangan dalam misi kebajikan yang sentiasa diadakan dalam UPU “, tambahnya lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun sewaktu memberi ucapan kepada para penerima berkata program yang dirangka ini adalah kesinambungan daripada program kebajikan yang telah sedia ada dengan sedikit ubah suai dengan keadaan semasa.
“Sumbangan yang dibuat ini semuanya atas inisiatif pihak Lajnah Kebajikan PAS Rantau Abang melalui sumbangan orang ramai yang perihatin dengan kesempitan hidup masyarakat kebanyakan sekarang ini”
“Kenaikan harga barang yang semakin menghimpit kehidupan rakyat yang telah terbeban dengan GST ini menjadikan kehidupan rakyat dari hari ke hari semakin susah”
“Kerajaan BN yang ditunjangi Umno ini sebenarnya tidak melihat keperitan rakyat bawahan kerana mereka hanya akan memgambil berat berkaitan rakyat bila pilihanraya umum semakin dekat”
Cikgu Alias semasa ditemui semasa program tersebut juga turut menyentuh berkaitan tawaran awal manifesto PAS Terengganu dalam menghadapi PRU 14 akan datang.










