KUALA TERENGGANU – PAS menggesa kerajaan Umno Terengganu menjelaskan kepada rakyat, mengapa satu-satunya tanah yang digazet sebagai ‘Rezab Melayu’ di negeri ini bertukar milik kepada bukan Melayu.
Pesuruhjayanya YB Satiful Bahri Mamat berkata, selain itu, PAS juga meminta Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Umno Terenggan menjelaskan mengapa tanah orang Melayu yang diberi kepada Umno Paka juga tergadai.
Katanya, beliau telah menimbulkan isu tersebut dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, namun tidak dijawab.
Menurutnya, sejak setahun lalu, Umno gagal memberikan sebab mengapa tanah di di Mukim Kuala Paka HSM 3214 tersebut telah dipindah milik pada 16 Julai 2009 dengan No. Perserahan 2115/2009 Gadaian Menjamin Wang Pokok.
“saya sudah dedahkan perkara ini sejak setahun lalu, namun tiada jawapan dari Umno…….tanah di Paka yang telah mula diberi milik kepada Umno Paka pada tahun 1993,
“membisu seribu bahasa…..mengapa tak jawab kepada rakyat, ke mana perginya tanah itu,” tegasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini hari ini 23 Mac.
Bahkan katanya, satu-satunya tanah yang digazetkan sebagai Tanah Rezab Melayu di negeri ini yang terletak di bandar Kuala Berang, juga telah tergadai kepada bukan Melayu.
“yang terbaharu, satu-satunya Tanah Rezab Melayu di bandar Kuala Berang juga telah ditukar milik kepada bangsa lain, kerana mahu dibuat pembangunan,
“ini sudah tidak masuk akal………..bagaimana Tanah Rezab Melayu pun Umno boleh gadai……..boleh jual,” soal beliau.
Berita sebelum ini;










